Wednesday 19 November 2014

OMEGA 3 - SESUAIKAH UNTUK PERKEMBANGAN MINDA ANAK?

As salam & Hai semua.

Berentri lagi Che Ta ari ni...Semoga u olls semua sihat ceria hari ni.

Perasan tak? Kita selalu nampak dekat tin-tin susu formula tertepek perkataan DHA & EPA...baik untuk baby mahupun untuk mommies to be. Yes, dekat kotak telur pun ada.


Apa benda DHA ni? Kenapa penting sangat DHA ni sampai hampir kesemua makanan baby & mommies ada mende ni?

DHA atau bahasa saintifiknya, asid dokosaheksaenoik adalah sejenis asid lemak omega 3 berantai panjang yang terdapat dalam hampir setiap sel badan kita.

Ia membentuk lebih dari 90% daripada lemak omega 3 dalam OTAK, MATA dan SISTEM SARAF PUSAT. Owhhh...no wonder la DHA ni penting since baby dalam  kandungan lagi.

Semasa dalam kandungan, bekalan Omega 3 untuk baby dibekalkan oleh mommies. Berapa banyak bekalan Omega 3 yang baby dapat, bergantung kepada banyak mana Omega 3 yang mommies ambik.

Sebab tu, sangat penting untuk mommies ambik Omega 3 ni secukupnya so that baby dapat cukup nutrisi semasa dalam kandungan.

Dari segi perkembangan bayi yang mendapat cukup bekalan Omega 3, paling obvious kita boleh tengok pada :

penyelarasan mata dan tangan

kemahiran gerakan bermotor

Jangka tumpuan yang lebih panjang

IQ yang lebih tinggi

Jom kita tengok, banyak mana dos yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak :

Semasa dalam kandungan


Ibu mengandung perlukan lebih kurang 400mg omega 3 sehari. Macam mana pulak nak dapatkan bekalan Omega sebanyak ni? 

Kalau tak sanggup nak telan ikan salmon atau tuna fresh setiap hari...dapatkanlah menerusi supplement minyak ikan yang ada Omega 3.

0 - 6 months 


Ok, untuk baby yang baru lahir sehingga umur 6 bulan dan minum susu ibu...tak payah bagi apa-apa supplement Omega 3 lagi sebab bekalan Omega 3 dari susu ibu tu dah cukup.

Tapi mommies kena make sure pengambilan Omega 3 dalam pemakanan seharian mencukupi untuk both of you. 

Kalau mommies tak cukup Omega 3 apa jadik? Haaa...mommies senang jadi pelupa & mudah terkena postpartum depression (PPD) or baby blues. Apa tu?

Dalam bahasa orang kampung, MEROYAN!! Haaa...sebab apa boleh terkena meroyan? sebab Omega 3 adalah makanan untuk otak. 


Bila otak tak cukup nutrisi, ia akan mengheret kepada masalah emosi & depression. Depression akan membuatkan mommies kehilangan banyak tenaga dan tumpuan. 

Mommies tak cukup stamina nak melawan kemurungan selepas kelahiran bayi...dan mula bertindak di luar kawalan. Scarry okeyyy... :-)

So, make sure Omega 3 cukup. OK?

Ditakdirkan mommies tak cukup susu badan...or terpaksa berjauhan dengan baby...nak tak nak, kenalah bagi baby susu formula kan?

Please, please make sure susu formula tu ada DHA sekurang-kurangnya 19mg untuk setiap serving 5 0z susu.

6 - 12 bulan


Masa ni, makanan baby dah boleh campur-campur dengan cereal, yogurt, salmon, susu & telur kan? Semua makanan ni memang kaya dengan Omega 3. 

Dosage Omega 3 untuk baby pada umur ni lebih kurang 100mg.

Kalau mommies masih menyusukan baby pada umur ni...alhamdulillah...baby boleh dapat benefits of Omega 3 ni dari makanan and also susu ibu...terbaik gitu!

...and again! mommies jangan pulak lupa amek Omega 3 yer. Kekadang lepas bersalin jer, semua supplement cantik tersusun dalam almari...tunggu expired date...hehe.

kalau nak buang lemak tepu pun, Omega 3 ni cukup membantu...especially untuk mommies yang nak maintain pakai kebaya lepas bersalin.

haaaa...jangan tak tau!!

2 -  5 tahun

Mereka perlukan 200mg Omega 3. Pada masa ini, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak orang dewasa. Otak mereka sedang berkembang. Cumanya, daya tumpuan mereka masih lemah. 

Actually, anak-anak ini sudah bersedia menerima pembelajaran sejak lahir. Macam sponge yang menyerap air gitu...

Jadi, pada waktu kritikal ni lah kita nak dedahkan diorang pada segala ilmu dan kemahiran. Di sinilah Omega 3 dapat membantu.

BAGAIMANA OMEGA 3 MEMBANTU KANAK-KANAK BELAJAR?


membran di sekitar neuron perlu fleksibel
Dalam otak manusia, ada satu sel bernama neuron. 

Neuron berfungsi untuk menghantar mesej ke otak dan bahagian badan yang yang lain.

Di sekitar neuron ada dinding / membran yang diselaputi oleh lemak baik. Untuk komunikasi yang baik dalam otak, molekul perlu berupaya untuk menembusi dinding ini. Jadi ia perlu Fleksible.

Membran akan mengeras disebabkan faktor usia, kolesterol tinggi dan beberapa faktor lain.

Dengan pengambilan Omega 3, ia akan mengembalikan sifat fleksibel membran ini dan seterusnya meningkatkan komunikasi dan fungsi otak yang lain.

Lagi?

Omega 3 membantu sel otak mudah berhubung

SEBAGAI PEMBERSIH DARAH

Omega 3 juga bertindak sebagai pembersih darah so that darah tidak terlalu pekat dan senang mengangkut oksigen ke otak. 


ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

Kanak-kanak hiperaktif biasanya mempunyai jumlah Omega 3 yang lebih rendah dari kanak-kanak normal. Omega 3 membantu membaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif & meningkatkan tumpuan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

KELAHIRAN PRA MATANG

Kajian 2003 - Wanita mengandung yang mengambil telur Omega 3 kurang melahirkan bayi pra matang berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

DIABETES

Satu kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis 2 (diabetes melitus), mereka yang mengambil Omega 3 menunjukkan pengurangan tahap diabetes.

PEMBESARAN

Omega3 membantu pembesaran dan perkembangan otak bayi pra matang.

Jadi, kalau tanya saya, sesuaikah Omega 3 untuk perkembangan minda anak? 

Jawapan saya : SEMESTINYA!!

Supplement Omega 3 apa yang bagus?

Pilihan saya...tentulah OMEGA GUARD SHAKLEE. Kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul lebih kurang 1,000mg. Setiap botol ada 90 biji kapsul.


So...mommies to be and yang sedang menyusu boleh la amek 1 kapsul sehari.

Baby between 6 bulan hingga 2 tahun boleh amek satu kapsul setiap 3 hari. Err...Macamana nak bagi depa telan kapsul ni...? tercekik nanti..?!

Ish...jangan pening...gunting sikit hujung kapsul dan picit dalam sudu, suapkan ke baby. 

Kalau cara ni tak jalan, gunting kapsul dan picit letak dalam susu atau makanan baby...mudah kan?

Anak-anak between 2-5 tahun boleh amek 1 kapsul selang sehari.

Cara yang sama boleh digunakan, atau kalau depa suka, bagi depa kunyah macam chewing gum tu.

Yang penting...BAGI!! Jangan tak bagi...OK? Jom, bantu anak-anak kita SEBELUM TERLAMBAT. 


Lagi satu, apa yang best, Omega Guard Shaklee ni boleh di ambil seisi keluarga. 

Sempena Promo bulan November ni, jom borong Omega Guard and hadiahkan pada orang tersayang. Kat husband ke, mak ayah ke, adik beradik ke...memang berbaloi u!

BUY 2 GET 5% OFF

BUY 6 FREE 1
So, tunggu apa lagi. Promo sampai hujung bulan ni saja...

Kalau tak grab, RUGIIIII..!!




0 comments:

Post a Comment