Monday 13 October 2014

BIARPUN MAHAL TAPI BERBALOI

Assalamualaikum,


Saya doakan semua pembaca blog saya berada dalam minda yang kaya, berjaya dan bahagia. In sha Allah.

Hari ni saya nak share kegembiraan customer saya yang baru je menggunakan vivix.

Kalau u all tak tau, vivix ni adalah antara produk premium Shaklee. Bila sebut premium tu biasalah...mesti relate dengan harga kan. 

Betul...vivix ni agak mahal. Pendek kata, bagi sesetengah orang, bukan harga mampu milik lah kiranya...

Saya selalu share khasiat vivix ni dengan kawan-kawan atau sesape jer yang interested nak tau kenapa kulit saya jadi glowing, kenapa nampak awet muda, kenapa nampak cergas jer tiap-tiap hari. Walaupun adakalanya saya bgtau saya tido dalam 4-5 jam jer sehari.

antara barang wajib ada dalam fridge sekarang
Saya tau...memang bukan semua orang mampu beli produk ni. Kalau mampu pun, pikir 18 kali nak beli. 

Mahal. Tu perkataan pertama yang keluar dari mulut dorang setiap kali bila saya bagitau saya guna vivix.

Dan memang lumrah manusia, kita nak tengok dulu hasilnya. Betul ke apa yang Che Ta cakap nie? Minum setengah sudu kecik jer sehari? biar betul? Berbaloi ke kalau aku guna produk ni? 

Disebabkan ramai yang bertanya, saya dapat satu idea. Saya cadangkan dorang main kutu. Tak kisah la dapat lambat atau cepat. Tapi tentu akan dapat juga rasa masam manis si vivix nie. 

Dan lebih daripada tu, saya nak kawan-kawan saya dapat rasa kebaikan vivix ni.


Dan apa yang lebih penting, vivix ni dapat melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses penuaan. Tua memang semua orang akan tua. Tapi kalau tua sebelum waktunyer...acaner kannn....? Sendiri mau ingat laaa. 

Bila tubuh kita terdedah kepada penuaan, makin cepat la sel tubuh kita hilang tenaga & ini akan menurunkan fungsi sel. BIla fungsi sel menurun, fungsi sistem badan kita jugak akan menurun. Simple theory!

Selain tu, cecair pekat merah ni jugak mampu mengembalikan sel tubuh ke bentuk asal khususnya kepada pesakit kanser yang sedang dalam proses pemulihan.


Dan bila dalaman kita dah cantik, secara tak langsung, luaran kita pun jadi cantik. Kulit akan nampak muda remaja & berseri-seri. Tak cayer takper...cuba jer...

OK, apa yang saya nak share di sini ialah pasal kutu vivix tadi. Saya tolong kawan-kawan saya dengan cara dapatkan orang untuk main kutu ni...

Okay, cukup 5 orang. Memang saya hadkan pada 5 orang saja sebab tak nak orang tunggu lama sangat nak dapat botol merah nie.

Tiba hari cabut undi, ada sorang kakak ni tiba-tiba berdoa depan saya... "Ya Allah, bagilah akak dapat dulu sebab nak bagi pada mak akak yang tengah sakit".

Tersentuh jugak hati saya bila dengar dia berdoa macam tu. Saya aminkan dalam hati...Saya faham apa dia rasa. Sebab saya pun ada mak yang tengah sakit melawan kanser.

Tapi, kutu tetap kutu. Kena adil dengan semua orang.

Nak dijadikan cerita, bila cabut jer undi...tiba-tiba akak ni dapat no 1...Ya Allah...macam nak nangis dia...saya pun macam nak nangis...huhu....

Saya pun terus hulur jer botol vivix yang ada depan saya. Dalam hati saya berdoa, mudah-mudahan vivix ni memberi manfaat dan meringankan sakit mak kawan saya nie.

Seminggu berlalu...

Suatu pagi tu akak ni datang pada saya...happy sangat...

Akak : Ta, semalam mak akak pegi check up...Doktor tak pernah puji BP (blood pressure) dengan gula mak akak. Semalam doktor siap puji...tekanan darah makchik & gula dah turun.

Saya : Ye ke kak? Turun banyak mana tu?

Akak : Tu lahh...mak akak tak tanya pulak kat doktor tu. Tapi akak check medical card dia...BP biasanya 160. Now dah turun 117/65. Gula turun dari 10-11 ke 6 jer...Ya Allah, terima kasih Ta.

Saya : Alhamdulillah...mak akak baru jer minum vivix kan?

Akak : Yer lah...lepas Ta bagi tu, terus jer akak bagi dia. Tiap-tiap hari dia amek. Baru seminggu kan?

Saya : Ha ahh....Syukur Ya Allah...

Seronok sangat rasanya bila dapat share kebaikan macam ni dengan orang lain.

Kalau kita dapat manfaat dari sesuatu, berdosa kalau tak share dengan orang lain. 

Sebelum ni memang saya tercari-cari produk yang boleh offer saya segala kebaikan macam tonik ajaib ni. Bukan takat luaran tapi jugak dalaman. 

Saya tak rasa lagi sakit kepala yang teruk macam dulu. Sampai kena letak ais. Tujuannya supaya tempat sakit tu akan rasa kebas. Bila kebas, tak rasa sakit (itu teori saya...hehe). 

Kalau tak cukup tidur, bahu dan belakang saya rasa sakit sangat. Nak bangun pagi...Ya Allah, rasa berat. Pinggang pun sakit.

Sekarang takde lagi.

Itulah perbezaan paaaaaaling ketara yang saya rasa lepas ambik vivix nie. 


Alhamdulillah...saya dah jumpa!  

Bila sakit...antara ikhtiar kita ialah dapatkan ubat/ penawar. Ikhtiar lain ialah berjumpa doktor untuk dengar keluhan kita.

Setelah segala usaha dan ikhtiar dah kita buat, maka pasrahkanlah segalanya pada Allah. In sha Allah akan ada mukjizat berupa penyembuhan dari Dia.

Kalau hasilnya tak seperti yang kita harapkan, makanya kita kena faham...Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Tugas kita hanya berusaha.

Kalau anda rasa, perkongsian saya ni menyentuh hati anda, sila LIKE dan tolong aminkan doa ni yer...Terima kasih.

Ya Allah, bagi mereka yang sakit Engkau sembuhkanlah. Sembuhkan penyakit mereka sepertimana kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub.

Amin Ya Rabbal’alamin




Ikhlas memberi, ikhlas menerima.

6 comments:

  1. WOW!!!!

    Sangat pantas ye kesan vivix untuk pesakit diabetes!

    Banyak pahala Che Ta tolong kenalkan vivix pada kawan-kawan!

    Congrats!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih En Man. Rasa bersalah kalau tak share...

      Delete
  2. Terimakasih bagi idea 'Kutu Vivix', mungkin akak nak kena cuba implementkan jugak lah...

    ReplyDelete
  3. idea 'kutu vivix' sangat menarik! tersentuh baca kisah kawan che ta yang nak hadiahkan mak dia vivix tu. Alhamdulilllah, syukur bp mak sudah stabil

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah kesan vivix ni Che Ta !

    ReplyDelete