Wednesday 5 November 2014

KENCING MANIS - ADAKAH PATUT KITA ATAU SEMUT YANG MENGESANNYA DULU??

Bismillahirramanirrahim

Semalam saya attend health talk di branch Shaklee. Talk hari ini ialah pasal diabetes. Yes, nama tempatannya kencing manis.

So, saya nak share lah sikit ilmu yang saya dapat ni dengan anda semua.


Sapa tau apa makna kencing manis ni? Tu soalan yang mula-mula nutritionist tu tanya. Air kencing tu manis ka? Ishhh...sapa pulak nak pegi rasa kan?

Kencing manis atau diabetes melitus adalah keadaan di mana tahap gula dalam darah kita LEBIH TINGGI dari biasa. Paras gula dalam darah (glukosa) dalam keadaan normal iaitu 4.0-6.0 mmol/I.

Bagi orang yang tidak menghidap diabetes mungkin hanya pandang ringan akan penyakit ni. Tapi, tunggu dulu...Jom, kita tengok statistik ni...

Mengikut kajian, 3.6 juta penduduk Malaysia adalah penghidap kencing manis. Bermakna 1 daripada 5 orang dewasa menghidap kencing manis!!

Statistik
World Health Organisation (WHO) meletakkan Malaysia di tangga ke 10 sebagai penghidap diabetes PALING RAMAI di dunia!! 



Dan statistik negara kita menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam masa 6 tahun saja!!

Diabetes yang berlarutan akan menyebabkan komplikasi ke atas organ-organ utama badan kita seperti serangan jantung, strok, kerosakan mata, kegagalan fungsi buah pinggang, sakit saraf dan sendi.

Dalam sesetengah kes yang lain, tangan, kaki atau bahagian tertentu anggota badan pesakit terpaksa dipotong akibat gangren atau bakteria yang sudah merebak sampai ke tulang.


Diabetes dibahagikan kepada 3 jenis :-
1) Jenis 1 -  Pankreas tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi. Jadi, badan perlukan suntikan insulin dari luar. 

Faktor utama diabetes jenis ini adalah genetik. Kebiasaannya pesakit terdiri dari kanak-kanak atau mereka yang berusia bawah 40 tahun

2) Jenis 2 - Diabetes jenis 2 adalah yang paling biasa ditemui di kalangan pesakit. 

Badan pesakit boleh menghasilkan insulin tetapi tidak berfungsi secara optimum disebabkan faktor seperti obesiti, stress, darah tinggi, pemakanan tidak seimbang dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Pengumpulan AGE protein di mana lebihan gula bergabung dengan protein juga menjadi punca masalah kesihatan dan penuaan.

Semakin kita berusia, peluang untuk menghidap diabetes jenis 2 jugak akan meningkat.

3) Gestasi - Sering berlaku pada wanita yang hamil sebab badan pesakit tidak boleh menerima karbohidrat.

Tapi, kebiasannya pesakit akan kembali normal selepas bersalin.

BAGAIMANA TERJADI?

Jom kita tengok, apa berlaku selepas kita makan?

diabetes

Selepas kita makan, kandungan gula dalam darah kita akan meningkat dengan tiba-tiba. Badan akan mengesan peningkatan gula ini dan akan mengarahkan pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin. 

Ini bagi menghantar bekalan glukosa ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.

Diabetes type 2

Dalam kes diabetes jenis 2, insulin tidak boleh merangsang pembukaan laluan glukosa akibat membran sel yang telah rosak. 

Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel tadi akan dilantun balik ke dalam salur darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat.

Itulah penyebab DIABETES!!


Adakah anda berisiko??

Ni antara simptom atau gejala awal yang menunjukkan kandungan gula dalam darah kita tidak normal.

1) Kerap  buang air kecil - bila terdapat lebihan gula dalam darah, buah pinggang akan bekerja dengan lebih keras. Ini memaksa anda membuang air kecil dengan lebih kerap. Kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam.

 2) Kerap rasa panas dan haus - bila kepekatan gula dalam darah bertambah, tekanan osmosis darah meningkat menyebabkan air diserap keluar daripada sel-sel badan. 

Sel yang semakin layu menghantar signal "HAUS" kepada otak untuk mintak tambah air dalam badan. 



 3) Sentiasa lapar - Apabila pesakit tidak mempunyai insulin atau badan tidak bertindakbalas dengan insulin seperti biasa, tahap gula dalam darah akan menurun dengan tiba-tiba. 

Penurunan tahap gula ini menyebabkan badan menganggap anda lapar dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi dengan normal.





 4) Cepat penat/ letih - darah yang menjadi pekat dan mengalir perlahan tak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif.

Bila otak tak dapat bekalan oksigen yang cukup, pesakit akan cepat rasa letih dan mengantuk. 



5) Luka lambat sembuh - Saluran darah dirosakkan oleh glukosa berlebihan yang bergerak dalam urat dan arteri. Akibatnya, sel badan semakin merosot kerana kekurangan bekalan sumber tenaga (gula tidak dapat masuk ke dalam sel). 



6) Kejang tangan dan kaki - jika tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi, lama-kelamaan sistem saraf akan menjadi lemah dan akhirnya rosak.



7) Penglihatan jadi kabur - Tahap gula yang tinggi dalam darah akan mengubah bentuk kanta dan mata menyebabkan penglihatan jadi kabur (blurry spot). 

Kalau dibiarkan berterusan, kerosakan saraf akan jadi kekal dan seterusnya buta. 




Kalau anda ada simptom2 di atas, pegilah check kandungan gula dalam darah anda. Janganlah tunggu sampai semut yang mengesannya dulu :-)


Setakat ni tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan diabetes. 

Apa yang Shaklee boleh bantu adalah untuk melambatkan proses komplikasi diabetes itu sendiri. Ni antara makanan tambahan yang dicadangkan untuk pesakit diabetes :

VIVIX

  • Berfungsi melambatkan komplikasi diabetes
  • Membantu membaiki dan melindungi DNA
  • Kawalan genetik jadi positif
  • Meningkatkan tenaga sel
  • Mencegah penghasilan AGE Protein

ESP
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas
  • Membantu menyembuhkan luka
  • Menyokong paras kolesterol sihat
  • Membekalkan nutrisi lengkap untuk kesihatan penghidap diabetes 


GLA COMPLEX
  • Diperbuat daripada ekstrak bunga borage
  • Kepekatan GLA 17% - 25%
  • Berfungsi sebagai anti radang
  • Membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf yang di alami pesakit diabetes


SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
  • Mencegah gula dalam sel daripada bertukar kepada sorbitol (artificial sugar)
  • Membantu merendahkan risiko kerosakan mata dan buah pinggang
  • Merendahkan tekanan darah dan menguatkan dinding arteri

OMEGA GUARD
  • Merendahkan risiko sakit jantung
  • Proses penyulingan melalui 3 peringkat bagi :
    • Membuang plumbum, merkuri, arsenik, dioksin dan logam berat serta lain2 bahan pencemaran 
    • Mengurangkan oksidasi dan pembentukan trans-lemak
    • Mengurangkan bau dan rasa ikan ke tahap paling minima.

Ubat! Ubat! Ubat!!



Ubat yang dibekalkan untuk pesakit diabetes sekarang hanyalah sebagai perangsang untuk memaksa pankreas bekerja lebih masa untuk menghasilkan lebih banyak insulin. 

Matlamatnya UNTUK KURANGKAN GLUKOSA DALAM DARAH!!!

Adakah ia semulajadi? Jawapannya TIDAK. 

Cuba bayangkan, kalau mesin dipasang full force 24 jam tanpa henti? Rosak tak?

So, why not kita bertukar pada supplement yang lebih semulajadi. Ambil langkah pencegahan atau pengawalan dari awal dengan mengambil makanan tambahan so that kita dapat kurangkan komplikasi diabetes.

Jangan bertangguh sampai kita hilang salah satu anggota badan...huhuuu..

MASA TU MEMANG TERLAMBAT SUDAHHHH....






7 comments:

  1. Seronok baca,ade pic kartun yg lawa2 ,good info che ta :-)

    ReplyDelete
  2. Thanks che Ta.. Amat mmbantu untuk kinah. Mak kinah pun ad diabetes.. Alhamdulillah..since consume shaklee.. Byk dah perubahannya compare sblum nie.. Mak lbh bertenaga dan glukose mak pun dh smakin turun.. Alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  3. Terbaik laa che ta. Lengkap padat dan padu info che ta

    ReplyDelete
  4. Terbaik..mmg berinformasi :-)

    ReplyDelete
  5. Che Ta appreciate sgt komen u ollszz! Itu yang diharapkan, memberi manfaat pada semua. Thanks.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..hari nie, check glucose mak.. Turun lg.. Shaklee mmg terbaik!! Lah.. Sebelum ni, mcm2 cara dh usaha utk rawat kncing manis mak dan arwah ayah.. Tp, bacaan mak tak turun2.. Kdg, naik lg ada lah.. Beza skng :-)

    ReplyDelete