Thursday 15 January 2015

SAHABAT - A WALK TO REMEMBER

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran adalah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R Al-Hakim).

Hari ni, saya nak cerita pasal seorang SAHABAT saya di pejabat. Saya kenal dia 8 tahun yang lalu. Dia ni memang kelakar. Perangai pun gila-gila dan...kadang-kadang gila...Gila dia ni memang lain dari yang lain.

ni lah dia...Ms Nimboking
Tapi tak tau kenapa...saya suka kawan dengan dia... 

Masa dia dapat keje di tempat saya...mula-mula dia call...nak tau apa soalannya?


Soalan pertama dia...Nak kena pakai tudung ka?

Saya jawab, suka hati lah nak pakai ke tak. Kat sini tak wajib pakai tudung. (Tak wajibbbb ke....hahaha...Boleh gitu??)

bila dengar tak wajib...dengan happy nya kau nak join...

Sampai sekarang dialog ni masih terpahat dalam ingatan kami. Dan kami akan gelak sampai keras perut. Samada dia yang kelakar atau saya yang kelakar. Bukan pakai tudung tu wajib ker? Denggg!!!

Tapi...tu citer 8 tahun lepas...time goes by...

Terlalu banyak kenangan kami di office...jatuh bangun...daripada yang manis sampai yang pahit. Boss bersilih ganti...other pioneer colleagues semua dah berhijrah...but...we still stand together. Retakaful becomes reKITAful...


the pioneer of MRT
We were bouncing up and down... emotionally... on many many occasions. Tak terhitung banyaknya...

nak meeting ni...sempat posing... :-)
we share the happiness too!
But we managed to go through....

Biasanya orang kata kembar tu mesti sebab kita sedarah. Tapi sebenarnya sahabat kita tu...boleh jadi kembar kita. Dan tak semestinya kembar kita tu akan ikut mana kita pergi....pakai baju yang sama dengan kita...tak semestinya...



to those yang tak tau...kami sebaya.. :-)

mana aku ada...situ kau ada...

Yang penting BERKONGSI RASA yang sama.



kan dia sorang jer yang pelik??

 Bila dia decide nak kurus & cantik...terpaksalah saya ikut...sebab dah takde geng nak makan... hahaha....ermm...memang kurus dia nie...lepas consume set kurus Shaklee (Sape nak leh pm saya lepas ni..)

weeeee...witttt!!!
yang best nyer...bab makan semua boleh belasah...Shaklee kan adoooo...
borong...jangan tak borong...
we are friendly competitor...thats's why we can sit together.. :-)

Kadang-kadang dia datang duduk sebelah saya di ofis...tak cakap apa2 pun...alih2, dia pegang tangan or bahu saya...gosok-gosok...pastu cakap...sabaq na...sabaq naaa...(time ni yang buat lagi sedih...huhuu...)

Dia boleh paham apa saya rasa...(owhhh...keluar lagi airmata ni).
bazaar @ RASTA TTDI...tak tau pasai pa stall kami paling ramai...





I'm gonna miss this moment

Berkongsi rasa tu, saya rasa cuma berlaku antara kita dengan somebody yang kita panggil SAHABAT. Tak mungkin orang lain akan paham. 

In that situation, lidah tak bermain dengan kata2...cuma airmata atau memek muka jer yang ada.

Punnnnn...kami dapat baca isihati masing-masing. Haaaa....Magik, kan? 

sob..sob..sob..

Actually, all of us in my office...have this kind of feeling. Maybe sebab kami amek Omega...tu sebab sel2 otak lebih mudah berhubung (sempat lagi promo...hehe)

14.1.2015...hari terakhir beliau bekerja. Lepas ni she'll be Working At Home Mom (WAHM). Doing Shaklee, baby frozen food, apparels and macam2 lagi dia nak buat. I heard she'll be kinda ONE STOP CENTRE.

Can visit her blog...nimboking.blogspot.com (free promo... baq hangggg).

Cepatnya masa berlalu.

Its time to bid farewell...owhhh....this is the toughest part...(sigh!)




suka le tu...dapat PANDORA...!!


TASNIM TAHIR, NIMBOKING, ANIM or watever names people call you...

You know what...At first I contemplated on why I should put up this entry... JUST FOR U ..kau bukan glamer mana pun. Bukan retis ke...celebrity ke... 

Post yang paling glamer kau pernah pegang pun is HEAD of AFO (Annual Family Outing)...kat MNRB ja pun. Glamer la sangatsss, kan? Hahaha.

But soon it became clear to me...that the essence of it.... is our FRIENDSHIP.

Kau...aku...We'll be forever riding the cycle of life, through thick and thin...but DO REMEMBER me....REMEMBER us here.


Walaupun aku xmo nangis...tapi, kau saja buat ayaq mata aku kluaq...kau saja, kan? huhu...

Nim, THANKS a lot for everything. Remember, when things get LOW, do all that you can to bring yourself back to the CENTRE. You always have the choice to bring the LIGHTS on any situation that may appear DARK.

Regardless of what is happening, the ups and downs will continue to prevail. Remember, resisting to the DOWN times will delay the coming of the UP times. So, don't get stuck in the dark. Get out of it...wash it away. OK?

I wish you all the best in life, in your business, in your career and in everything you do. Success be with you. In sha Allah.

I'm sure kita akan jumpa lagi...sebabbbbb...


kau kan tak kenyang kalau tak makan dengan aku....?? hahahaha.


Saaaaayang kau!! See you again! 


Tetiba aku cakap omputih kannn....sebab kalau aku cakap melayu, macam jiwang sangat lak bunyik nyer...Dengan kau aku mana reti berjiwang...hahaha....




Friday 2 January 2015

As salam semua pembaca blog Che Ta yang budiman. Semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan di dalam rahmat Allah s.w.t.

AWAK, MACAMANA NAK JADI CANTIK?

Bila ada kawan sepejabat tanya soalan macam ni, rasa segan pulak nak cerita lebih-lebih. Yalahhh...awak pun bukan cantik mana punnnn...

Tapi bila tengok mata sorang2 yang pandang awak dengan pandangan yang penuh keinsafan, rasa bersalah pulak kalau tak share. 

Saya tak kedekut nak share pasal ilmu kecantikan nie. Sebab memang naluri manusia ni dilahirkan suka pada kecantikan. Itu memang fitrah.



Tak kiralah lelaki ke...pompuan ke...sama je...

Semua nak cantik, Semua nak nampak menarik. Betul tak?

Sebenarnya, CANTIK tu sangat subjektif. Bak kata Pepatah Inggeris....


Beauty is in the eyes of the beholder.


CANTIK tak semestinya dari sudut rupa paras saja. Hati, tingkah laku, kelakuan semuanya berkait dengan CANTIK. Cantik dalaman, cantiklah luaran.

Apa yang saya nak share kat sini lebih kepada penjagaan kulit. Bukan macamana nak cantik. Sebab ciptaan Allah s.w.t semuanya cantik2 belaka. It becomes a BONUS kalau kita pandai menguruskan kecantikan yang sudah sedia ada tu.

Chewahhh...pepandai jer awakkk..


OK, saya cerita pengalaman saya dengan dunia kecantikan ni yer. Dari kecik saya memang obses dengan alat mekap. Especially dengan lipstick. Pantang jumpa...mesti nak pakai. 

Normal, kan? u olls pun sure suka...(jangan tipu diri sendiri..hahaha)

Tak kiralah mak punya ke, my kak ngah & kak lang punya ke...semua saya rembat. Bila kena interrogate, mula buat muka tak bersalah...(ya ampunnn...)



Dah mekap2, pastu ajaklah geng2 main pondok2....dengan LIPSTICK MERAH.....WOWWWW...!!! rasa CHILL sungguh masa tu....hahaha...

Opppssss....terimbau plak kenangan silam ai...hehe...

Bila dah meningkat dewasa...dah masuk alam pekerjaan...lagilah rasa nak asah bakat jadi cantik tu kan...masa ni dah pandai google carik produk2 kecantikan yang sesuai dengan kulit yang tak berapa nak putih nie.



Sekarang ni, melambak2 produk di pasaran. YANG PENTINGGG!!! Jangan tersalah pilih produk. Asal tengok murah, beli. Asal tengok muka jadi putih dalam masa 3 hari, pun beli.



AWAS yer! Kalau produk yang u olls beli ada ciri2 macam kat bawah ni, tolong check balik contents produk tu. Mana tau ada merkuri. Sebab saya sendiri dah terkena. Nasib baik sopak tak sempat naik....

Check betul2 dengan seller tu. Ada tak pengesahan KKM, selamat ke guna? kalau dia tak boleh jawab or teragak2 nak tunjuk bukti, sila jalan terus....dan jangan menoleh lagi.

Ok, saya nak share sket panduan macamana nak tau produk yang kita nak beli tu selamat digunakan & takde merkuri. Hasil pembacaan saya yang tak seberapa nie, jom kita tengok ada tak skin care yang ada ciri-ciri ni :

1) Bersifat melekit. Meaning, kalau nak sapu kat muka, susah nak diratakan. Melekit2. 

2) Tidak homogen (teksturnya tidak menyatu dan kasar). Kalau kita biarkan krim tu lama-lama akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.

3) Perubahan kulit jadi putih dalam masa yang singkat dan bukan putih yang natural (macam pucat sket). Bergantung kepada kandungan merkuri, makin tinggi kandungan merkuri, makin cepat memberikan kesan putih pada kulit.

4) Bau logam yang agak kuat sebab asal merkuri adalah dari logam berat yang berbentuk cecair. Kalau ada bau wangi pun, sebab sudah dicampur dengan pewangi.

5) Kebiasaannya terdiri dari krim malam yang berwarna putih  mutiara (pearl white) & krim siang yang berwarna kuning. Walaupun mungkin tak semua produk yang mengandungi merkuri berwarna seperti ini, tetapi WAJIB diragui.

6) Teksturnya berkilau (macam pearl). Bila disapu pada muka akan kelihatan berkilau2...haaa...blink2 gitu...

7) Haaa...the nightmare datang bila stop pakai 2-3 hari, kulit akan tumbuh ruam atau bintik2 merah & terasa gatal dan pedih. Lama-lama kulit akan jadi kehitaman dan kusam lebih teruk dari sebelumnya. 

8) Kulit akan jadi semakin sensitif terutamanya bila terkena cahaya matahari. Pemakai akan rasa pedih macam terbakar. Sebab apa? sebab lapisan kulit paling atas dah rosak akibat kehilangan protein & melanin penting untuk melindungi kulit dari sinaran UV. 

Bahayanya bila merkuri ni dah meresap masuk ke bawah kulit kita dan seterusnya mengalir bersama darah di dalam badan kita. Apa kemungkinan yang berlaku?

KaNsER - KanSeR kuLIt & PayUdAra

KegaGaLAn BuaH PinGGaNg

PaRkiNsOn



Kadang-kadang kita dah tau produk tu bahaya. Dah ramai orang terkena...dan ada yang bawak maut. KKM pun dah sahkan tak boleh pakai. 

Tapi kita continue pakai jugak. Sebab bila kita pakai ok jaaa...takdak pulak kesan sopak dan jerawat batu naik. Makin meletops pulak...so, ada aku kesah?

Haaa...jauhkan mentaliti camni yer...kita tak tau kesan jangka panjang. Kemungkinan2 lain yang mungkin boleh berlaku.

Jangan anggap remeh kalau sesuatu produk tu sudah disahkan tak selamat. 

Sooo...Kalau barang2 mekap or skin care u olls ada ciri2 macam kat atas tu, or dah tau tak selamat...apa lagi, campak jelah masuk tong sampah. Tak yahlah nak rasa rugi ke hape...

Sebab...kalau muka dah naik jerawat batu, bersopak & bernanah...lagi beribu riban nak kena kuar duit.

Jangan sebab nak cepat cantik punyer pasal, nanti menyesal tak sudah.

Untuk saya, saya guna Enfuselle Nutrition Therapy Skin Care System. Kulit saya jenis kering or sometimes oily di bahagian T-zone.

So, saya guna jenis yang Normal to oily set. Terdiri daripada:

1. Hydrating Cleansing Lotion
2. Hydrating Toner
3. Hydrating Moisturiser
4. Eye cream 

protector saya setiap hari

OK, jom tengok apa fungsi setiap satu produk ni.

Hydrating Cleansing Lotion
1 Menanggalkan kotoran & mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit
2 Kaya dengan vitamin E untuk kulit halus, seimbang & berseri
3 Mencerahkan tona kulit
4 PH yang seimbang
5 Hipoalergenik

Hydrating Toner
1
Meneutralkan tindakbalas yang boleh merosakkan kulit
2
Meneutralkan kerosakan sel akibat tindakbalas kulit dengan besi dalam air paip
3
Rumusannya tiada alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
4
Mengandungi ekstak witch hazel & chamomile yang melindungi lapisan minyak semulajadi kulit & melembutkan

Hydrating Moisturiser
1
Melembapkan kulit sehingga 24 jam
2
Tidak melekit & mengandungi agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan & keanjalan kulit dengan serta merta


Terbukti secara klinikal

Eye Cream for Eye Treatment
1
Mengurangkan kemunculan garis2 halus & sembap (eye bag) bawah mata
2
Mengandungi botani anti penuaan & vitamin C yang memberikan faedah yang ketara pada kulit sekeliling mata yang lebih halus

Terbukti secara klinikal 
TEMPOH KESAN
PENINGKATAN (%)
2 minggu mengurangkan kedutan
233%

meningkatkan keanjalan & kekenyalan kulit
120%
8 minggu mengurangkan garis halus
209%

meningkatkan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama

12 minggu tona kulit menjadi lebih sekata


Kepada u olls yang masih tercari-cari produk untuk skin care, saya suggest cubalah enfuselle skincare system ni...terbukti selamat & berkesan.

Apa tunggu lagi...JOM CANTIK!!!