Thursday 30 October 2014

TERIMA KASIH, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam muamalah harian kita...pernah tak kita ucapkan perkataan "terima kasih" ? selalu tak kita sebut terima kasih bila ada orang tolong kita?

Memang sesuatu yang mudah nak disebut, tapi kita selalu terlupa. 

Benda-benda simple atau kecik macam ni, kadang-kadang akan bagi impak yang cukup besar pada kita bila kita jadikan ia satu budaya. Part ni yang kita jarang sedar. 

Saya teringat satu peristiwa dulu di mana ada sekor anak kucing ni terjatuh dalam longkang. Ibu kucing tu tak berenti-renti mengiau dari atas sambil pandang anak dia dalam longkang. 

Bila saya angkat dan letak anak kucing tu pada ibu dia, terus ibu kucing tu jilat-jilat badan anak dia. Lepas tu, ibu kucing tu datang pada saya dan gesel-geselkan badan dia kat kaki saya.

Mungkin itulah tanda terima kasih dia pada saya. Subhanallah.

Alangkan seekor kucing pun tahu berterima kasih...

Inikan kita manusia...

Berterima kasihlah bila ada orang tolong kejutkan kita setiap pagi.

Berterima kasihlah bila ada orang telefon dan tanyakan khabar kita...sebab ada orang masih ingatkan kita.

Berterima kasihlah walau kita dalam keadaan yang sangat tidak tenteram ketika menerima bantuan tersebut. Walau kita dalam keadaan yang sangat terdesak sekalipun.

Tak susah mana pun....Cubalah amalkan & let's make this satu budaya dalam percakapan harian kita.

Ketika di tempat kerja, pertama kali saya dengar perkataan.. 

Jazakallahu khairan kathira


Ditulis di bahagian bawah dalam email salah seorang kawan sepejabat.

Mula-mula kenal perkataan tu, saya kata..."eh, sedapnya bahasa ni". Terus rasa tertarik nak cari makna Jazakallahu khairan kathira tu.

Cantiknya bahasa ni...dan ia jadi lebih cantik kalau kita mendalami maksud disebaliknya.


Dari segi bahasa,

Jazaka - Dia ganjarkan kepada kamu
Allahu - yakni Allah s.w.t
Khairan - kebaikan
Kathira - sebanyak-banyaknya (bila waqaf, disebut kathira)

Jadi, maksud keseluruhan perkataan ini ialah :

Moga Allah ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya.

Rupanya ayat ni digunakan sebagai melahirkan tanda terima kasih pada sesaper jer yang berbakti pada kita. Atau sebagai tanda terima kasih bila kita terima sesuatu pemberian.


Subhanallah...lembutnya bahasa Arab ni.



قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ
سنن الترمذي - ج 7 / ص 343


The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said, "if good is done to someone and then they say "Jazak Allahu khayran" to the one who did the good, they have indeed praised them well." 

[Tirmidhi]


Bila kita berterima kasih pada seseorang, kita nak dia tahu betapa kita sangat menghargai apa yang dia dah buat pada kita.

Tapi bila kita sebut Jazakallahu khairan kathira...selain kita berterima kasih, kita mendoakan dia mendapat balasan kebaikan sebanyak-sebanyaknya. 

Hari ni saya dapat ganjaran dari mommy, nanny & grand nanny saya atas pencapaian saya bulan September. Dimana, saya melangkah satu lagi anak tangga dalam rank Shaklee. Selain bonus, dapat macam-macam hadiah.


Syukur alhamdulillah.

Kepada anda semua yang telah membantu saya,  Jazakallahu khairan kathira. Sesungguhnya, anda telah membuka satu lembaran baru dalam hidup saya.

bersama biz partner


semoga ukhwah ini berkekalan

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat"
(Sabda Rasulullah s.aw)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"

(Surah Al-Ahzab :71) 




...for being my wonderful friends and for reading this note till the end.




Wednesday 15 October 2014

PROJEK TABUNG OREN CHE TA

Assalamualaikum semua.

Jom, arini saya nak kongsi cerita saya dan Projek Tabung OREN. Ini cabaran untuk Che Ta. 

Opss...sebelum tu, saya nak cerita pasai MINAT. Apa yang saya minat?

Sebagai sorang wanita yang memang dilahirkan penuh dengan sifat keinginan yang macam-macam nie...saya paling minat SHOPPING!!


Ya...membeli belah. Saya tak tau sejak bila saya ada minat macam nie...Mungkin sejak lahir...hahaha...

Saya mesti belanja diri sendiri tiap kali keluar shopping...hatta sebijik sepit rambut yang rega RM2 pun...mesti saya beli. Sebab saya rasa saya deserve untuk belanja diri sendiri. 

Tapi kalau time bonus...takkan nak beli sepit rambut saja..betui dak?

Makchik kayo!!!
Mestilah lebih kannn...haha...[sila jangan buat muka tak puas hati... :-)]

Kalau saya marah atau sedih sekalipun...saya akan keluar shopping...

Shopping ni dah jadi macam terapi minda bagi saya...lepas balik shopping tu...mood dah swing...terus OK.. Lagi-lagi kalau dapat 2,3 hasil tangkapan. 

Bila balik dengan muka manihhh jaaa....
Ni bukan saya...tapi ekspresi muka lebih kurang camni la kalau dapat beli barang!

Baguih dak?

Saya boleh berjalan 7-8 jam dalam shopping complex yang sama (exercise kaki). Hehe...saper sanggup teman? 

Tu apa yang saya minat. Apa yang saya TAK MINAT???

Selain daripada orang yang suka bercakap negatif, saya paling tak suka MENYIMPAN. Menyimpan apa? 

Hehe...Menyimpan duit lah.

Jujur saya cakap, saya tak suka simpan duit. Kalau simpan pun, sebab saya ada target nak beli apa-apa...

Contoh macam nak beli jam ka...handphone kaa...hehe simpanan jangka pendek... :-)

Simpan untuk 2,3 bulan saja...

Tapi sejak 2,3 bulan nie...secara khususnyalah sejak saya join shaklee...sedikit sebanyak pemikiran saya berubah. Minat saya pun berubah.

Saya dah mula suka menyimpan. 

Jangan tanya saya kenapa.

Mungkin sebab saya dah mula sedar susahnya nak dapat duit kalau kita jadi bos sendiri. 

Ibarat kata, kalau hang takdak sales, ujung bulan hang nak makan apa?

Macamana hang nak rolling stocks? Macamana nak bayaq duit kereta? duit rumah? belum kira bil-bil lain lagi. 

Agak-agak...sakit kepala tak?

Saya masih bekerja makan gaji...tapi saya anggap saya dah bekerja sendiri. Saya bayangkan saya takdak majikan.

Secara tak langsung, saya mula belajar disiplin kan diri. 

Nak tau apa saya buat? Haaa...inilah projek saya.

PROJEK TABUNG OREN CHE TA

Haa...ni baru nak citer pasai TABUNG OREN.

Saya tanamkan azam dalam diri saya untuk menyimpan duit yang kaler kuning oren ni setiap hari yang saya dapat.

Haa...ni yang saya maksudkan duit kaler kuning oren nie.


Semua orang tahu kan nilai duit ni. Sekeping bernilai 20 hengget!!!

Jadi, setiap kali kalau saya pecahkan not RM50 atau RM100 dan baki yang saya dapat adalah not kaler kuning oren ni...saya akan terus simpan. Masuk TABUNG OREN!!

Yang penting...kena disiplin.

Kalau ditakdirkan hari tu, saya dapat 5 keping not kuning oren...makanya...kelima-limanya saya kena letak dalam TABUNG OREN. Nak pejam mata... silakanlah pejam... hahaha.

Di situlah kesabaran kita teruji. Hati kena kental.

Jadi...memang takkan adalah not kaler kuning oren ni dalam purse saya.

Pada anda yang ada penyakit susah menyimpan macam saya ni...jom kita mula dengan TABUNG OREN. Tapi untuk anda, terpulanglah nak namakan apa tabung tu. Ijau kah, biru kah atau merah kah? suka hati...

KAEDAHNYA :

1) Pilih satu not kaler apa-apa yang korang suka. Kalau rasa terbeban sangat dangan not merah atau oren, pilih ja kaler ijau atau biru.

2) Pejam mata

3) Masukkan not tu dalam tabung

4) INGAT! Kena disiplin. Asal ada jer not kaler tu, terus humban dalam tabung.

5) Ujung bulan check berapa anda dapat simpan

Untuk saya...Kenapa saya pilih TABUNG OREN? 

Pertama, sebab OREN sangat dekat di hati saya (jangan tanya kenapa)...hehe.

Kedua, sebab kalau pilih merah, saya rasa tiap2 hari purse saya penuh dengan not merah. Nanti purse saya nipis pulak...

Ketiga, kalau pilih ijau, makchik jual nasi lemak selalu tanya, takde duit kecik ke dek...(in case saya hulur not RM10 untuk nasi lemak harga RM2!!). 

Haaa...last-last saya decide untuk pilh kaler Oren. RARE kan!

Kesimpulannya, mungkin inilah kaedah yang menarik untuk orang-orang yang sukar menyimpan macam saya. Kaedah alternatif yang memberi satu rasa keterujaan untuk menyimpan.

Bulan depan saya update PROJEK TABUNG OREN CHE TA.

Kalau tak cayer kaedah ni takper, cuba dulu.

SELAMAT MENABUNG!!

Monday 13 October 2014

BIARPUN MAHAL TAPI BERBALOI

Assalamualaikum,


Saya doakan semua pembaca blog saya berada dalam minda yang kaya, berjaya dan bahagia. In sha Allah.

Hari ni saya nak share kegembiraan customer saya yang baru je menggunakan vivix.

Kalau u all tak tau, vivix ni adalah antara produk premium Shaklee. Bila sebut premium tu biasalah...mesti relate dengan harga kan. 

Betul...vivix ni agak mahal. Pendek kata, bagi sesetengah orang, bukan harga mampu milik lah kiranya...

Saya selalu share khasiat vivix ni dengan kawan-kawan atau sesape jer yang interested nak tau kenapa kulit saya jadi glowing, kenapa nampak awet muda, kenapa nampak cergas jer tiap-tiap hari. Walaupun adakalanya saya bgtau saya tido dalam 4-5 jam jer sehari.

antara barang wajib ada dalam fridge sekarang
Saya tau...memang bukan semua orang mampu beli produk ni. Kalau mampu pun, pikir 18 kali nak beli. 

Mahal. Tu perkataan pertama yang keluar dari mulut dorang setiap kali bila saya bagitau saya guna vivix.

Dan memang lumrah manusia, kita nak tengok dulu hasilnya. Betul ke apa yang Che Ta cakap nie? Minum setengah sudu kecik jer sehari? biar betul? Berbaloi ke kalau aku guna produk ni? 

Disebabkan ramai yang bertanya, saya dapat satu idea. Saya cadangkan dorang main kutu. Tak kisah la dapat lambat atau cepat. Tapi tentu akan dapat juga rasa masam manis si vivix nie. 

Dan lebih daripada tu, saya nak kawan-kawan saya dapat rasa kebaikan vivix ni.


Dan apa yang lebih penting, vivix ni dapat melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses penuaan. Tua memang semua orang akan tua. Tapi kalau tua sebelum waktunyer...acaner kannn....? Sendiri mau ingat laaa. 

Bila tubuh kita terdedah kepada penuaan, makin cepat la sel tubuh kita hilang tenaga & ini akan menurunkan fungsi sel. BIla fungsi sel menurun, fungsi sistem badan kita jugak akan menurun. Simple theory!

Selain tu, cecair pekat merah ni jugak mampu mengembalikan sel tubuh ke bentuk asal khususnya kepada pesakit kanser yang sedang dalam proses pemulihan.


Dan bila dalaman kita dah cantik, secara tak langsung, luaran kita pun jadi cantik. Kulit akan nampak muda remaja & berseri-seri. Tak cayer takper...cuba jer...

OK, apa yang saya nak share di sini ialah pasal kutu vivix tadi. Saya tolong kawan-kawan saya dengan cara dapatkan orang untuk main kutu ni...

Okay, cukup 5 orang. Memang saya hadkan pada 5 orang saja sebab tak nak orang tunggu lama sangat nak dapat botol merah nie.

Tiba hari cabut undi, ada sorang kakak ni tiba-tiba berdoa depan saya... "Ya Allah, bagilah akak dapat dulu sebab nak bagi pada mak akak yang tengah sakit".

Tersentuh jugak hati saya bila dengar dia berdoa macam tu. Saya aminkan dalam hati...Saya faham apa dia rasa. Sebab saya pun ada mak yang tengah sakit melawan kanser.

Tapi, kutu tetap kutu. Kena adil dengan semua orang.

Nak dijadikan cerita, bila cabut jer undi...tiba-tiba akak ni dapat no 1...Ya Allah...macam nak nangis dia...saya pun macam nak nangis...huhu....

Saya pun terus hulur jer botol vivix yang ada depan saya. Dalam hati saya berdoa, mudah-mudahan vivix ni memberi manfaat dan meringankan sakit mak kawan saya nie.

Seminggu berlalu...

Suatu pagi tu akak ni datang pada saya...happy sangat...

Akak : Ta, semalam mak akak pegi check up...Doktor tak pernah puji BP (blood pressure) dengan gula mak akak. Semalam doktor siap puji...tekanan darah makchik & gula dah turun.

Saya : Ye ke kak? Turun banyak mana tu?

Akak : Tu lahh...mak akak tak tanya pulak kat doktor tu. Tapi akak check medical card dia...BP biasanya 160. Now dah turun 117/65. Gula turun dari 10-11 ke 6 jer...Ya Allah, terima kasih Ta.

Saya : Alhamdulillah...mak akak baru jer minum vivix kan?

Akak : Yer lah...lepas Ta bagi tu, terus jer akak bagi dia. Tiap-tiap hari dia amek. Baru seminggu kan?

Saya : Ha ahh....Syukur Ya Allah...

Seronok sangat rasanya bila dapat share kebaikan macam ni dengan orang lain.

Kalau kita dapat manfaat dari sesuatu, berdosa kalau tak share dengan orang lain. 

Sebelum ni memang saya tercari-cari produk yang boleh offer saya segala kebaikan macam tonik ajaib ni. Bukan takat luaran tapi jugak dalaman. 

Saya tak rasa lagi sakit kepala yang teruk macam dulu. Sampai kena letak ais. Tujuannya supaya tempat sakit tu akan rasa kebas. Bila kebas, tak rasa sakit (itu teori saya...hehe). 

Kalau tak cukup tidur, bahu dan belakang saya rasa sakit sangat. Nak bangun pagi...Ya Allah, rasa berat. Pinggang pun sakit.

Sekarang takde lagi.

Itulah perbezaan paaaaaaling ketara yang saya rasa lepas ambik vivix nie. 


Alhamdulillah...saya dah jumpa!  

Bila sakit...antara ikhtiar kita ialah dapatkan ubat/ penawar. Ikhtiar lain ialah berjumpa doktor untuk dengar keluhan kita.

Setelah segala usaha dan ikhtiar dah kita buat, maka pasrahkanlah segalanya pada Allah. In sha Allah akan ada mukjizat berupa penyembuhan dari Dia.

Kalau hasilnya tak seperti yang kita harapkan, makanya kita kena faham...Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Tugas kita hanya berusaha.

Kalau anda rasa, perkongsian saya ni menyentuh hati anda, sila LIKE dan tolong aminkan doa ni yer...Terima kasih.

Ya Allah, bagi mereka yang sakit Engkau sembuhkanlah. Sembuhkan penyakit mereka sepertimana kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub.

Amin Ya Rabbal’alamin




Ikhlas memberi, ikhlas menerima.

Saturday 4 October 2014

BERMULA DENGAN CEMERLANG - SEKALUNG TAHNIAH!!

Biasanya bila cakap pasal MLM, mesti apa yang terlintas dalam fikiran kita ialah...kena cari downline banyak2. Dengan cara tu, kita akan cepat naik rank.

Kita tak pentingkan manfaat produk, yang kita pentingkan hanyalah BONUS & RANK!!

Saya tak rasa cara ni betul...sebab dari awal lagi niat kita dah tak betul. Rezeki bukan hanya perlu HALAL, tapi perlu dapat keberkatan.


Bisnes MLM yang betul sebenarnya ialah :

1) Kita kena faham betul-betul pasal produk tu. Kita kena guna dan rasakan manfaat dari produk tu. 

Kalau kita tak gunakan pun, sekurang-kurangnya kita ada testimoni sebenar dari orang-orang yang kita tahu penah gunakan produk tersebut.

2) Bila kita dah tahu dan rasa pengalaman gunakan produk tu, barulah kita share manfaatnya dengan kawan-kawan kita... atau dengan orang-orang yang terdekat dengan kita. 

Dengan cara tu, kita dapat bantu selesaikan masalah kesihatan kawan-kawan kita. Dan dia sampaikan pulak manfaat tu pada orang lain.

Secara tak langsung, kita membantu lebih ramai orang jadi sihat. Best ke best?

3) Selain dari membantu kawan kita selesaikan masalah kesihatan dia, kita juga boleh bantu dia selesaikan masalah kewangan. 

Kita ajar dia teknik yang betul melalui 2 cara di atas tadi.

Maknanya, kita menjana pendapatan dengan cara menggerakkan produk melalui jualan & perkongsian manfaatnya dengan orang lain.

Inilah cara bermuamalah dalam Islam.


Bukan dengan cara merekrut dan mencari ahli sebanyak mungkin untuk kepentingan diri kita sendiri...untuk cepat naik rank.

Apa yang saya tahu, bukan ini yang dterapkan dalam Shaklee.

Di entri ni, saya nak share pasal kecemerlangan salah sorang downline saya, iaitu Wati. 

Asalnya dia adalah pengguna set menyusu Shaklee. Dia rajin update saya pasal production susu dia sejak menggunakan set menyusu Shaklee. Senang citer, dia memang puas hati abis...


Apa taknya, sampai anak-anak yang lain pun masih dapat menyusu dek kerana production yang melimpah ruah.


Alhamdulillah.

Ni antara gambar-gambar yang dia pernah whatsapp pada saya...


Dalam proses untuk disejukbekukan. Ini bukan santan. Ini susu... :-)





tak sampai 5 min!

Nak tau apa rahsia production susu yang melimpah ruah nie...??? Haaa...nilah dia...


Lepas bersalin, berat dia turun sebanyak 18kg!! Bukan takat dapat bagi yang terbaik pada anak-anak dia...secara tak langsung, berat badan pun menyusut!!

Kan best? Dapat 2 dalam 1!!


Daripada pengguna biasa, tiba-tiba Wati dapat ramai customer sejak dia share pasal set menyusu Shaklee.

Bulan Ogos 2014, dia cakap kat saya nak jadi ahli Shaklee. Ya Allah, syukur sangat-sangat...Bila kita berusaha mencari keredhaanNya, macam-macam Allah bagi pada kita. Daripada perkongsian manfaat, saya dapat downline.

Wati memang rajin bertanya dan saya tak keberatan nak berkongsi ilmu yang saya dapat dari upline MFMS.

Meneruskan legasi upline MFMS yang lain, mana-mana downline yang cemerlang, kami akan bagi hadiah. Itulah yang akan saya teruskan untuk anak-anak downline saya.

Kepada Wati, sekalung tahniah...semoga anda terus maju jaya dan cemerlang di masa-masa akan datang. 






p/s - kalau nak tau pasal set menyusu Shaklee, pm saya senyap-senyap...saya akan share dengan anda....


Salam sayang,
Mama Zz.