Friday 19 December 2014

KERANA MAHALNYA JANNAH FIRDAUSI...

As salam semua pembaca blog Che Ta yang budiman. Semoga kita semua sentiasa dalam kasih sayang Allah.

Bukan sengaja membiarkan blog ni sepi...apatah lagi membuatkan ada yang tertanya-tanya. Akhir2 ni, bila bukak jer blog...terasa jari jemari ni macam kaku pulak. Terasa berat nak menaip di dada keyboard nie...Padahal macam2 benda nak update.

Hidup ni sungguh berwarna-warni. Ada je benda yang berlaku setiap hari. Samada kita nak share dengan orang lain atau tak....itu persoalannya.

Kerana saya bukan sesiapa...

Hanya seorang hambaNya yang kerdil. Setiap hari ada cabaran dari Allah. Setiap masa dan ketika Allah menguji. Allah menguji hati kita. Allah menguji ukhwah kita. Allah menguji kesetiaan kita dengan hamba-hambaNya yang lain. 

Masih kukuhkah tali silaturrahim kita, wahai sahabat?

Bersyukurlah kita kerana masih dalam pengawasanNya. Bermakna, masih terbuka rahmat Allah untuk kita. 

Masa kecik2 dulu...saya teringat bila ustazah cakap...."Bukan susah nak masuk syurga. Cuma perlu buat baik dengan semua orang. Jangan tinggal solat. Hormat kat cikgu2, jiran2, tolong orang susah...terutama ibubapa. Sebab syurga di bawah tapak kaki ibu.

Hurrmmm....selalulah pegang tapak kaki mak, sebab ada SYURGA di situ...

Mudah sungguh rasa nak masuk syurga masa tu. Buat baik & jangan tinggal solat. Itu saja.

Semakin dewasa, Allah bagi kita kematangan berfikir...bila akal kita dah boleh kaji macamana laluan untuk ke Jannah...Masya Allah...

Banyak lagi perkara baik yang aku tak buat. Banyak lagi perkara2 yang belum aku buat untuk ibubapaku & saudara seagamaku. 

Kita sebagai ibubapa pula, selalulah tanya pada diri kita...adakah anak2 kita aset pembawa kita ke syurga atau sebaliknya...

Mahal rupanya SYURGA Allah tu...

Bayangkanlahhhh, kalau kita nak ke tandas awam...tempat yang paling kotor, tempat tinggal syaitan...pun kita kena bayar....berapalah harga bagi SYURGA Allah, tempat paling indah, paling mulia....& penuh dengan nikmat. 

Berliku rupanya laluan ke sana...tak mudah nak meraih redha Allah untuk ke Jannah Firdausi. 

Macamana nak sampai kalau ujian yang kecik pun belum mampu kita tempuh....Allah hantar kita demam pun, kadang2 kita mengeluh...saat kita membina impian, Allah uji dengan kecundang....dan kita terduduk berlinang airmata ...Astaghafirullahal'azim.

Kita tahu....Kebaikan yang kita buat, walau sebesar zarah, akan ada redha Allah di situ. Keburukan yang kita buat  jugak...walaupun kecik... akan ada murka Allah di situ. 

Jadi, bukan sehebat mana ibadah kita yang Allah pandang...tapi keikhlasan kita yang diambil sebagai kayu pengukur.

Kesimpulannya, saya petik satu hadis, jika kita ditakdirkan masuk neraka, kita tak akan masuk ke syurga walaupun dekatnya sehasta...dan jika kita ditakdirkan masuk syurga, kita tak akan masuk neraka walaupun jaraknya hanya sehasta. 

Semoga Allah beri kita petunjuk dalam misi mencari redha Allah untuk ke Jannah El Firdausi. Mana tau, petunjuk itu dari sedekah kita pada seekor kucing atau dari tahajud kita tengah malam semalam. 

Beruntunglah wahai insan2 yang TERPILIH.... 



Hamba yang kerdil.