Friday 2 January 2015

As salam semua pembaca blog Che Ta yang budiman. Semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan di dalam rahmat Allah s.w.t.

AWAK, MACAMANA NAK JADI CANTIK?

Bila ada kawan sepejabat tanya soalan macam ni, rasa segan pulak nak cerita lebih-lebih. Yalahhh...awak pun bukan cantik mana punnnn...


Tapi bila tengok mata sorang2 yang pandang awak dengan pandangan yang penuh keinsafan, rasa bersalah pulak kalau tak share. 

Saya tak kedekut nak share pasal ilmu kecantikan nie. Sebab memang naluri manusia ni dilahirkan suka pada kecantikan. Itu memang fitrah.



Tak kiralah lelaki ke...pompuan ke...sama je...

Semua nak cantik, Semua nak nampak menarik. Betul tak?

Sebenarnya, CANTIK tu sangat subjektif. Bak kata Pepatah Inggeris....


Beauty is in the eyes of the beholder.


CANTIK tak semestinya dari sudut rupa paras saja. Hati, tingkah laku, kelakuan semuanya berkait dengan CANTIK. Cantik dalaman, cantiklah luaran.

Apa yang saya nak share kat sini lebih kepada penjagaan kulit. Bukan macamana nak cantik. Sebab ciptaan Allah s.w.t semuanya cantik2 belaka. It becomes a BONUS kalau kita pandai menguruskan kecantikan yang sudah sedia ada tu.

Chewahhh...pepandai jer awakkk..


OK, saya cerita pengalaman saya dengan dunia kecantikan ni yer. Dari kecik saya memang obses dengan alat mekap. Especially dengan lipstick. Pantang jumpa...mesti nak pakai. 

Normal, kan? u olls pun sure suka...(jangan tipu diri sendiri..hahaha)

Tak kiralah mak punya ke, my kak ngah & kak lang punya ke...semua saya rembat. Bila kena interrogate, mula buat muka tak bersalah...(ya ampunnn...)



Dah mekap2, pastu ajaklah geng2 main pondok2....dengan LIPSTICK MERAH.....WOWWWW...!!! rasa CHILL sungguh masa tu....hahaha...

Opppssss....terimbau plak kenangan silam ai...hehe...

Bila dah meningkat dewasa...dah masuk alam pekerjaan...lagilah rasa nak asah bakat jadi cantik tu kan...masa ni dah pandai google carik produk2 kecantikan yang sesuai dengan kulit yang tak berapa nak putih nie.



Sekarang ni, melambak2 produk di pasaran. YANG PENTINGGG!!! Jangan tersalah pilih produk. Asal tengok murah, beli. Asal tengok muka jadi putih dalam masa 3 hari, pun beli.



AWAS yer! Kalau produk yang u olls beli ada ciri2 macam kat bawah ni, tolong check balik contents produk tu. Mana tau ada merkuri. Sebab saya sendiri dah terkena. Nasib baik sopak tak sempat naik....

Check betul2 dengan seller tu. Ada tak pengesahan KKM, selamat ke guna? kalau dia tak boleh jawab or teragak2 nak tunjuk bukti, sila jalan terus....dan jangan menoleh lagi.

Ok, saya nak share sket panduan macamana nak tau produk yang kita nak beli tu selamat digunakan & takde merkuri. Hasil pembacaan saya yang tak seberapa nie, jom kita tengok ada tak skin care yang ada ciri-ciri ni :

1) Bersifat melekit. Meaning, kalau nak sapu kat muka, susah nak diratakan. Melekit2. 

2) Tidak homogen (teksturnya tidak menyatu dan kasar). Kalau kita biarkan krim tu lama-lama akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.

3) Perubahan kulit jadi putih dalam masa yang singkat dan bukan putih yang natural (macam pucat sket). Bergantung kepada kandungan merkuri, makin tinggi kandungan merkuri, makin cepat memberikan kesan putih pada kulit.

4) Bau logam yang agak kuat sebab asal merkuri adalah dari logam berat yang berbentuk cecair. Kalau ada bau wangi pun, sebab sudah dicampur dengan pewangi.

5) Kebiasaannya terdiri dari krim malam yang berwarna putih  mutiara (pearl white) & krim siang yang berwarna kuning. Walaupun mungkin tak semua produk yang mengandungi merkuri berwarna seperti ini, tetapi WAJIB diragui.

6) Teksturnya berkilau (macam pearl). Bila disapu pada muka akan kelihatan berkilau2...haaa...blink2 gitu...

7) Haaa...the nightmare datang bila stop pakai 2-3 hari, kulit akan tumbuh ruam atau bintik2 merah & terasa gatal dan pedih. Lama-lama kulit akan jadi kehitaman dan kusam lebih teruk dari sebelumnya. 

8) Kulit akan jadi semakin sensitif terutamanya bila terkena cahaya matahari. Pemakai akan rasa pedih macam terbakar. Sebab apa? sebab lapisan kulit paling atas dah rosak akibat kehilangan protein & melanin penting untuk melindungi kulit dari sinaran UV. 

Bahayanya bila merkuri ni dah meresap masuk ke bawah kulit kita dan seterusnya mengalir bersama darah di dalam badan kita. Apa kemungkinan yang berlaku?

KaNsER - KanSeR kuLIt & PayUdAra

KegaGaLAn BuaH PinGGaNg

PaRkiNsOn



Kadang-kadang kita dah tau produk tu bahaya. Dah ramai orang terkena...dan ada yang bawak maut. KKM pun dah sahkan tak boleh pakai. 

Tapi kita continue pakai jugak. Sebab bila kita pakai ok jaaa...takdak pulak kesan sopak dan jerawat batu naik. Makin meletops pulak...so, ada aku kesah?

Haaa...jauhkan mentaliti camni yer...kita tak tau kesan jangka panjang. Kemungkinan2 lain yang mungkin boleh berlaku.

Jangan anggap remeh kalau sesuatu produk tu sudah disahkan tak selamat. 

Sooo...Kalau barang2 mekap or skin care u olls ada ciri2 macam kat atas tu, or dah tau tak selamat...apa lagi, campak jelah masuk tong sampah. Tak yahlah nak rasa rugi ke hape...

Sebab...kalau muka dah naik jerawat batu, bersopak & bernanah...lagi beribu riban nak kena kuar duit.

Jangan sebab nak cepat cantik punyer pasal, nanti menyesal tak sudah.

Untuk saya, saya guna Enfuselle Nutrition Therapy Skin Care System. Kulit saya jenis kering or sometimes oily di bahagian T-zone.

So, saya guna jenis yang Normal to oily set. Terdiri daripada:

1. Hydrating Cleansing Lotion
2. Hydrating Toner
3. Hydrating Moisturiser
4. Eye cream 

protector saya setiap hari

OK, jom tengok apa fungsi setiap satu produk ni.

Hydrating Cleansing Lotion
1 Menanggalkan kotoran & mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit
2 Kaya dengan vitamin E untuk kulit halus, seimbang & berseri
3 Mencerahkan tona kulit
4 PH yang seimbang
5 Hipoalergenik

Hydrating Toner
1
Meneutralkan tindakbalas yang boleh merosakkan kulit
2
Meneutralkan kerosakan sel akibat tindakbalas kulit dengan besi dalam air paip
3
Rumusannya tiada alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
4
Mengandungi ekstak witch hazel & chamomile yang melindungi lapisan minyak semulajadi kulit & melembutkan

Hydrating Moisturiser
1
Melembapkan kulit sehingga 24 jam
2
Tidak melekit & mengandungi agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan & keanjalan kulit dengan serta merta


Terbukti secara klinikal

Eye Cream for Eye Treatment
1
Mengurangkan kemunculan garis2 halus & sembap (eye bag) bawah mata
2
Mengandungi botani anti penuaan & vitamin C yang memberikan faedah yang ketara pada kulit sekeliling mata yang lebih halus

Terbukti secara klinikal 
TEMPOH KESAN
PENINGKATAN (%)
2 minggu mengurangkan kedutan
233%

meningkatkan keanjalan & kekenyalan kulit
120%
8 minggu mengurangkan garis halus
209%

meningkatkan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama

12 minggu tona kulit menjadi lebih sekata


Kepada u olls yang masih tercari-cari produk untuk skin care, saya suggest cubalah enfuselle skincare system ni...terbukti selamat & berkesan.

Apa tunggu lagi...JOM CANTIK!!!

0 comments:

Post a Comment