Tuesday 30 September 2014

KADANG-KADANG KITA TAK SEDAR

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.


Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpannya dalam kocek.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" Kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ketuanya itu mahu memanggilnya.

Puas ketuanya menjerit dari aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang  berada pada aras paling bawah. Namun jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin di kawasan pembinaan tersebut.

Dek kerana itulah, ketuanya mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanan kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang jatuh tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Cuba kita renung sejenak...

Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Allah menjatuhkan "syiling" itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.

Tetapi acap kali kita lalai untuk "mendongak" ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiannya tanpa rasa bersyukur.

Kalau hari ini kita sakit terkena batu-batu kecil tersebut, dongaklah ke atas. Mungkin ada antara batu-batu itu menjadi pembuka pintu rezeki kita hari esok. Siapa tahu...

Seperti  kisah di atas, apabila jatuhan "syiling" tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula "batu" yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.

Supaya, bila kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta itu.


Kadang-kadang kita tak sedar, kan?


Kalau anda rasa entri ini bermanfaat, silalah like & share supaya manfaat itu dapat kita kongsi beramai-ramai.

Zeta
SID1152058

Thursday 25 September 2014

TERCARI-CARI VITAMIN C??

Assalamualaikum pembaca blog saya yang budiman,

Saya doakan anda semua sihat sejahtera, kaya dan berjaya. Dah 2 minggu lebih tak update blog nie disebabkan kesibukan yang melampau. Tapi walau apa pun, saya tetap setia melayan customers saya...online & offline...24/7. hehe...macam 7E pulak...

Hari ni saya nak share pasal vitamin C. Saya tertarik nak berkongsi pasal vitamin C ni sebab ramai kaum saya sangat obses dengan kecantikan. Nak cantik luar dalam. Sebut saja pasal vitamin C ni, semua pompuan suka...semua nak..

Kulit jadi extra ordinary cantik, gebus, anjal...awet muda lagi...tu dari segi luaran.

Dari segi dalaman pulak vitamin C ni boleh memperbaiki simptom pendarahan contohnya kalau kurang vitamin C, gusi mudah berdarah dan gigi mudah goyang. Sanggup ke takde gigi... :-)

Sejarah Vitamin C

Sejarah vitamin C bermula sejak zaman 1747 lagi. Masa tu kelasi-kelasi British belayar dalam jangkawaktu yang lama. Semua kelasi-kelasi ni terkena sindrom kurang selera makan, cirit birit, pendarahan gusi, pendarahan bahagian mata, bengkak sendi, gigi longgar dan sebagainya. Inilah simptom penyakit Scurvy.

Akhirnya, sorang pakar bedah, Dr James Lind (1716 - 1794) menemui penawar untuk penyakit ni. Dalam salah satu pelayarannya, dia berjumpa sorang pengamal perubatan primitif yang mencadangkan kelasi-kelasi ini diberi makan buah lemon.

Dr James Lind menzahirkan penemuannya ini dalam bukunya yang bertajuk "The Treatise of the Scurvy". Sejak itu, semua angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelaut makan buah lemon dan oren untuk mencegah Scurvy

Sampailah mereka mendapat gelaran "Limey". Sape yang tak nak makan masa tu, dikenakan hukuman yang cukup berat....sampai gitu sekali diorang menekankan betapa pentingnya kena ambik vitamin C ni.

Seterusnya, kepercayaan bahawa dengan mengambil Vitamin C memberi keajaiban, bermula apabila seorang saintis Linus Pauling memberi pendapat yang kontroversi dalam bukunya "How to live longer and Feel better" pada tahun 1986 yang mencadangkan rawatan menggunakan Vitamin C pada dos tinggi.

Sejak tu, dunia kecantikan pun mulalah beralih kepada teknologi suntikan vitamin C yang dipercayai boleh memberi kesan anjal dan menghilangkan kedutan di muka dalam masa yang SINGKAT. Kulit jadi halus, mulus, gebus gitu.

Permintaan terhadap suntikan vitamin C ni cukup tinggi...mana-mana pusat kecantikan semua menawarkan khidmat suntikan vitamin C ni. Kalau tak caya, pi tanya pakcik Google ...zasss....keluar dekat 2 juta lebih carian pasal suntikan vitamin C ni.

Untuk pengetahuan korang....sebenarnya, sebarang bentuk vitamin C dalam bentuk cecair bagi tujuan suntikan untuk kecantikan tidak pernah didaftarkan dengan Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan samada daripada syarikat pengimport atau pengedar itu sendiri.

Kalau dah Jabatan Farmasi sendiri sahkan tidak berdaftar...adoiii...berani ke korang nak tadah muka n vein korang bagi orang yang tak bertauliah untuk cucuk??
arghhh...takutttt...!!!
Golongan yang kita tau selalu buat cocok tang sana, cocok tang sini tak lain tak bukan...golongan artis. Yes, diorang perlu nampak cantik...depan kamera, depan orang. 

hahhh...glamer habaq hang...

Sebab semua orang tengok diorang. Hatta kalau boleh tak mau bagi jerawat batu sebijik pun hinggap kat muka. Sebab itulah sumber pendapatan diorang. Periuk nasik diorang. Nanti tak dapat penaja atau tawaran berlakon..kan susah (?). 

Tapi how effective cara cocok2 nie? berkesan kah? kalau tak nampak side effect sekarang, macamana dengan kesan jangka panjang?

Ada beberapa artis/ celebrity yang pernah buat pengakuan. Di sebalik kejelitaan diorang hari ni, diorang pernah sengsara menahan sakit, muka bengkak, bernanah, tak boleh makan, tak boleh senyum akibat muka mengeras.

Nanti saya share kat bawah ni pengakuan sebenar sorang artis tempatan yang pernah buat suntikan nie.

Nak cantik pun, takkan sampai macam tu sekali? Tapi...itu lah hakikatnya. Dah la habis ribuan ringgit. Bila lepas cucuk, tengok muka macam ikan "flower horn". Bibir bengkak, hidung senget dan dagu hampir berlubang. Tak ke sedih...

Kos suntikannya tak lah mahal...apa yang saya tau, mungkin dalam RM500-RM1000 sekotak...bergantung pada jenama. Juga bergantung pada berapa kali korang nak cucuk.

PENGAKUAN SEBENAR

Ini saya ambil dari petikan dalam sebuah akhbar tempatan, pengakuan sebenar artis berusia lingkungan 30-an .

Kos membuat beberapa suntikan vitamin dan kolagen untuk mencantikkan wajah dan bibir mencecah RM2,000. Selepas melakukannya, saya tidak sabar-sabar melihat hasilnya, namun beberapa minggu kemudian perubahan yang berlaku menakutkan saya.

Muka menjadi lebih besar dan ada bahagian bernanah, manakala bibir membengkak. Saya segera bertemu doktor pakar dan dia juga terperanjat melihat wajah saya.

Selepas diperiksa, dia mencadangkan saya membuat pembedahan membuang cecair yang dimasukkan. Sebelum itu saya terfikir untuk membuat suntikan lagi, tetapi selepas doktor memberitahu pengambilan kolagen menjejaskan wajah saya, saya hanya menurut cadangannya.

Ketika proses membuang cecair dilakukan, saya terkejut kerana yang keluar ialah nanah hasil campuran cecair berkenaan dengan darah. Bukan sedikit nanah keluar, malah sepanjang proses membuang itu ia menyakitkan dan lebih rumit daripada proses memasukkannya.

Kos membuang cecair itu berjumlah RM20,000, lebih mahal daripada kos suntikan untuk mencantikkan wajah. Lebih menyeksakan, orang sekeliling, terutama rakan, bukan saja memberi pandangan negatif, malah takut melihat wajah saya yang semakin membesar.

Jiwa saya tertekan, untuk menyesal tidak berguna lagi. Saya ingin memberi nasihat, jika mahu mendapatkan rawatan wajah, jumpa doktor pakar atau yang ada tauliah, bukan mendapatkan nasihat pusat kecantikan.”

Tanpa informasi yang lengkap, tanpa seorang yang bertauliah yang kita arahkan dia masukkan cecair yang tak kita ketahui dari mana sumbernya... berapa kadar yang sepatutnya... main cucuk jer...

Nanti sedar-sedar bila muka kita tak macam yang kita harapkan, kos nak buat pembedahan tu...adoi makkk...lagi mahal...so berbaloi kah? fikir-fikirkan...

Not worth it la nak sacrifice organ-organ penting kita yang tak ternilai ni untuk kecantikan yang sementara...we have some other better options. Cara yang lebih semulajadi...lambat sikit pun takperlahh...asalkan betul caranya.

PERANAN VITAMIN C DALAM KECANTIKAN

Tau tak akak-akak...Peranan vitamin C untuk kecantikan kulit adalah :

1. Sebagai anti oksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari pencemaran udara dan sinar UV

2. Merangsang pembentukan kolagen dan peningkatan produksi kolagen yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan dan kehalusan kulit  

3. Mencerahkan kulit

Fitrah manusia... nak cantik cepat, nak kurus cepat. Semua benda nak cepat. Menunjukkan betapa obsesnya kaum saya ni nak cantik...hehe...sabar kakkk...sabarrrr....

Bagi saya, senamanlah cara yang paling betul. Selain tu, pemakanan jugak penting... Lebihkan makan sayur dan buah-buahan....minum air masak yang mencukupi. Ingat formula ~ 1 liter untuk setiap 25kg berat badan.

Selain senaman &  aerobik yang saya buat 3 kali seminggu, saya ambik makanan tambahan. Dan semestinya daripada Shaklee.

Kenapa Vitamin C Shaklee berbeza daripada vitamin C lain?


barang wajib ada dalam handbag saya sekarang :-)

Haaa...cuba tengok pada botol dia. Vita-C Plus sustained release.

Apa benda sustained release nie?

Sustained release tu maknanya vitamin C dilepaskan/ masuk ke dalam badan kita secara berperingkat. Satu tablet (500mg) akan melepaskan 100mg vitamin C setiap sejam. Bermakna, anda akan dapat manfaatnya secara 5 jam berterusan tanpa henti. Woww!!

1 tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan 7 setengah biji oren berserta kulit-kulitnya sekali. Hah, boleh makan 7 setengah biji oren sehari?

Dan kalau mampu pun, tahukah kita sumber buah oren tersebut bebas dari racun perosak dan adalah dari buah oren yang terpilih? errmmm....
errmmm...betoi jugakkk....

Manfaat vitamin C dari buah-buahan cuma antara 45-60mg saja. Kalau nak hasilkan vitamin C yang lengkap, buah-buahan kena ambik masa 10 hari selepas ranum.

Tapi bila dipetik dan terdedah pulak pada cahaya matahari atau suhu yang panas, separuh dari kandungan vitamin C nya dah menyusut!


Kenapa saya kata vitamin C penting untuk tubuh badan kita?

Sebab, badan manusia tak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Tak macam arnab. Arnab boleh hasilkan sehingga 18,000mg vitamin C sendiri!

Vitamin C adalah vitamin jenis larut air. Maksudnya, kalau ada lebihan vitamin C, badan akan bertindak mengeluarkan lebihan ini melaui pembuangan air kecil yang diproses melalui buah pinggang.


Tiap-tiap hari tanpa kita sedar, vitamin C akan hilang dari badan melalui aktiviti harian, contohnya :-
  • Mereka yang mengambil ubat tahan sakit
  • Mereka yang mengambil pil perancang kerana pil perancang menyerap vitamin C
  • Perokok - 1 batang rokok sehari memusnahkan antara 50-100mg vitamin C

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK TUBUH

Jadi, penting tak vitamin C ni? Dah tentulah penting kan? Antara kepentingan vitamin C yang lain ialah :

1. Vitamin C membentuk kolagen. Kalau sape yang tak tau...kolagen ni bertindak macam pelekat/ gam untuk membentuk perhubungan tisu yang kuat.

Sebab tu saper yang ambik vitamin C ni, kulit jadi licin, tegang dan cantik. Luka pun cepat sembuh.

Kolagen ni jugak untuk mencegah jerawat sambil membaiki tisu kulit.


2. Vitamin C juga menjaga salur darah supaya tak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah dan membantu proses metabolisme kolesterol.

Sebab tu, vitamin C amat penting untuk mereka yang mengidap darah tinggi untuk mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

3. Kekuatan vitamin C boleh mencantumkan logam berat supaya plumbum raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak merbahaya kepada buah pinggang dan dapat dinyahkan dari tubuh dengan lebih mudah. Good news to all smokers!

4. Vitamin C penting dalam pengeluaran hormon anti stress dan dan interferon (hormon untuk fungsi imun). Kata Dr Bruce Miller, "the more you stress, the more you need vitamin C". 

Kita akan mudah diserang penyakit sebab sistem imun kita jadi lemah bila takde vitamin C.

5. Kekurangan vitamin C menyebabkan kita terdedah kepada penyakit scurvy. Bagi bayi yang mengidap penyakit ni, berat badan tak naik-naik. Kalau kulit tergores sikit pun, mudah jadi lebam kebiruan.

Bila gigi nak mula tumbuh, bayi ni akan rasa sakit sangat di bahagian gusi dan mula meragam.

Tips untuk baby ni ~ masukkan 1 sudu air limau/ air tomato setiap hari dalam diet harian bila diorang dah start makan.

6. Bagi mereka yang sedang pulih dari sakit pulak, digalakkan ambik vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Sebab vitamin C ni kan bertindak macam gam. Jadi sel-sel akan melekat menjadi tisu yang kuat supaya luka tadi dapat bercantum.

Saya pilih vitamin C Shaklee sebab ia di ekstrak dari sumber semulajadi iaitu kanji jagung. 

Vitamin C Shaklee mengandungi Bioflavonoids yang membantu mengekalkan dinding nipis kapilari untuk mencegah lebam/ pendarahan di bawah kulit.

Kandungan Bioflavonoids dalam vitamin C Shaklee juga mempunyai kesan anti bakteria, merangsang fungsi hempedu, menggalakkan peredaran darah, mengekalkan kadar kolesterol yang sihat, penglihatan yang baik dan membantu melawan elergi, asma dan lain-lain.


PENGALAMAN SENDIRI

Kalau buat analisa kulit, kulit saya jenis kulit kering. Bila gores tangan guna kuku, terus nampak kesan kaler putih...hehe...Yang bagusnya, org jenis kulit kering ni susah jerawat nak hinggap....sebab tak berminyak. Tapi cenderung untuk nampak tua sebelum waktunya...hehe. Garis halus memang nampak... obviously...

Bila lepas cuci muka, kulit muka rasa tegang, gatal & merengsa. Dah tu cepat-cepat kena sapu krim malam atau pelembap. Baru nyaman gitu....

Tapi sejak saya ambik vitamin C Shaklee...memang terasa kelainannya. No more kulit kering. Garis halus pun dah semakin pudar. Yang paling best bila orang teka umur saya 10 tahun lebih muda dari umur sebenar. Hahaha...(angkat bakul sat!)

Saya jenis yang suka pegi facial...tapi dalam setahun, saya pegi sekali atau paling kerap pun, 2 kali saja (hehe...alasan takde MASA!) 

Tapi setiap hari saya akan make sure, saya cuci muka, pakai toner & pelembap. Masa cuci tu, cucilah betoi-betoi...seminggu sekali cubalah pakailah scrub muka untuk buang sel-sel kulit mati.

Tiap-tiap pagi saya ambik vitamin C. Mudah tak?

Jom layan gambar wefie saya dan kawan-kawan. Nak selfie sesorang, segan la pulak hai.

gambar ni...macam kawan saya yang over...hahaha.
Rakan Sebaya... :-)
control senyum okeyyy...

Dalam kita nak dapatkan sesuatu yang serasi dengan kulit kita bukannya mudah...kita kena cuba dan mencuba. Tapi percubaan kita tu biarlah ikut saluran yang betul...

Di usia yang dah hampir-hampir tak layak masuk Akademi Fantasia (AF) ni...bila orang tanya saya pakai produk apa? kulit nampak OK jer... takde pigmentasi dan kesan jerawat pun... saya senyum ja :-)

Bukan nak bangga...kalau Allah nak tarik, bila-bila Dia boleh tarik. So benda yang baik ni lah saya nak share...

Selain tu, sistem imun saya pun dah meningkat. Sebab walaupun kawan-kawan saya kena demam...satu rumah dah tergolek kena selsema...saya masih steady. Walaupun rasa nak demam...tapi tak jadi demam. 

Dan walaupun frust tak dapat ambik MC, tapi saya sebenarnya bersyukur diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah...

Ermmm....Berapa biji nak makan vitamin C ni? Mengikut FDA, dos yang dicadangkan tak melebihi 2000mg sehari bagi lelaki dan wanita dewasa.

Sebotol vitamin C Shaklee = 180 biji (RM92.50)
Kalau makan 1 biji sehari (500mg) = tahan 6 bulan
Kalau makan 2 biji sehari (1000mg) = tahan 3 bulan

1 tablet dalam RM0.50 saja. Jimat tak?


Target saya sekarang nak hilangkan garis-garis halus yang ada...Vitamin C wajib saya ambik setiap pagi dan malam. Tahan lama pulak tu.


Bersempena bulan promosi Collagen oleh Shaklee bulan ni, buy 6 free 1, saya nak grab peluang nie. Tengok apa pulak kesan Collagen Powder Shaklee nie. Amacam? Nak dapat harga murah, hubungi saya. Cepat! tinggal berapa hari jer lagi....


PROMO - BUY 6 FREE 1

JOM BERVITAMIN & BERKOLAGEN CARA SIHAT DAN SEMULAJADI.


#takmaucocokcocok
#shakleeeffect

Kalau anda rasa perkongsian saya ni memberi manfaat kepada anda dan anda nak tengok kawan-kawan & family anda cantik & sihat, sila share & like yer...TQ semua.

Hamba yang bersyukur
25/9/2014



Wednesday 10 September 2014

3 CARA MUDAH MENARIK REZEKI


Rezeki, Allah yang pegang...jadi, mintaklah dengan Dia dulu. 

Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. Ada yang Allah bagi rezeki kekayaan harta, ada yang Allah bagi kehidupan berkeluarga yang bahagia, ada yang dapat rezeki anak-anak yang cerdik pandai. Itu semua rezeki Allah. Allah yang pegang.

Allah nak bukak pintu rezeki untuk kita dari pelbagai jalan. Samada kita nampak hikmah tu atau tak. Nak rasa manisnya kejayaan, kita kena usaha. Allah nak kita usaha. 

Kena yakin bahawa Allah itu Ar-Razak ~ Maha Pemberi Rezeki. Sedangkan makhluk lain hanyalah sebagai perantara.

Setiap dari kita, dah dicukupkan bahagian rezeki masing-masing. Sesuai dengan masa dan ketikanya. Walaupun Allah tak menjanjikan hidup itu mudah, tapi Allah janji sentiasa dengar doa kita. Itu janji Allah. 

Jangan sesekali kita pertikaikan rezeki Allah. Itu hak Allah. Allah tak menciptakan manusia untuk menjadikan dia gagal. 

Allah beri keistimewaan setiap hambaNya mengikut takdir yang berbeza. Rezeki yang berbeza. Kita kena cari. Kalau tak usaha, jangan harap rezeki tu datang bergolek. Atau sekadar berangan Mat Jenin. 

Mungkin hanya 1 dalam 1000 yang dapat rezeki terpijak; walaupun hanya bermula dengan angan-angan.  

Allah juga berkuasa memberi rezeki pada sesape jugak yang Dia nak dan berkuasa jugak menarik kembali nikmat rezeki yang Dia dah bagi.


Macamana nak tarik rezeki dengan cara mudah?

Bersedekah

Kita semua tau, Islam menggalakkan kita bersedekah. Dalam harta kita, ada jugak harta orang lain yang kita perlu bahagi-bahagikan.


Amalan bersedekah takkan mengurangkan harta kita sebaliknya Allah akan gantikan dengan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka.

Selalunya bila datang peminta sedekah kat kita. Apa reaksi kita? Selalunya kita akan bagi jumlah yang paling kecil dalam beg kita. Kita selalu cakap...alahh...dah ramai tu orang bagi kat dia. Ikhlas kah sedekah kita macam tu?

Apa yang saya nak cakap kat sini, bersedekahlah semampu dan seikhlas mungkin. Jangan lepas bersedekah, kita merungut dalam hati atau buat muka supaya dia beredar cepat2 pegi kat meja lain pulak. Tak bermaknalah sedekah kita kalau kita sakitkan hati dia.

Kalau kita nak bagi sedekah berbentuk barangan pulak, bagilah barang-barang yang masih elok dan boleh diguna. 

Jangan pulak kita transfer "sampah" kita pada orang lain. Bayangkan perasaan si penerima bila menerima pakaian yang koyak rabak. 

Kalau kita tak dapat bagi lebih, sekurang-kurangnya kita bagi lah sesuatu yang boleh buat si penerima gembira. Kerana in return, si penerima pasti mendoakan yang baik-baik untuk kita.

Antara perkara lain dalam bersedekah, jangan sesekali kita mengharapkan balasan atas apa yang kita bagi. Atau bersedekah untuk menunjuk-nunjuk kekayaan yang kita ada.

Berdoa

Berdoa dan berdoalah. Mintaklah kat Allah. Allah yang bagi rezeki. Setiap kerja yang kita buat, iringilah dengan doa. Pohonlah keberkatan Allah dalam kita mencari rezeki yang halal. 

Sertakan niat rezeki yang kita cari ini, bukan untuk diri kita sendiri, tetapi jugak untuk orang lain. In sha Allah akan diperkenan.

Solat sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha ni macam magnet rezeki. Satu-satunya solat yang sangat berkait rapat dengan limpahan rezeki dari Allah, rezeki yang diberkati dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat nanti, dibukakan pintu yang khusus untuknya. 

 
Solat Dhuha ini juga termasuk dalam master checklist yang sangat ditekankan di bawah susur galur MFMS yang saya ikuti. 

Subhanallah...cukup sempurna doa solat Dhuha nie...


“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Ini hanyalah sebahagian amalan mudah menarik rezeki. 
Antara amalan-amalan lain ialah :
1) Baca surah Al-Waqiah setiap hari
2) Solat Taubat sebelum tidur
3) Solat hajat
4) Selawat 1000 kali sehari jika mampu

Kalau nak dikira nikmat rezeki yang Allah dah bagi pada saya selama ni...memanglah tak terhitung banyaknya. Terlalu banyak. Syukur Ya Allah. 

Syukur kerana menggerakkan hati saya untuk bersama Shaklee. Ukhwah yang terjalin sesama kawan-kawan dibawah MFMS adalah satu bentuk rezeki yang saya anggap cukup berharga. 
Lautan ilmu saya dapat dari mereka juga adalah rezeki. Nikmat kesihatan yang saya dapat bila guna Shaklee juga adalah bentuk rezeki. Dan bonus Shaklee yang saya dapat juga adalah rezeki. Sesungguhnya tiada khilaf dalam rencana Allah.  


Akhir kalam, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, selagi belum sampai masa dan ketikanya...bersabarlah. Selagi tidak tertulis rezeki itu bukan milik kita, teruslah berusaha dan mohon kepadaNya. 

Mungkin ada kejutan dari Allah yang tidak kita duga. Kerana apa yang kita rasa terbaik untuk kita, belum tentu terbaik dalam perancangan Allah.

Teruskan melangkah. 

Wallahua'alam.

Love,
Zeta