Wednesday 10 September 2014

3 CARA MUDAH MENARIK REZEKI


Rezeki, Allah yang pegang...jadi, mintaklah dengan Dia dulu. 

Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. Ada yang Allah bagi rezeki kekayaan harta, ada yang Allah bagi kehidupan berkeluarga yang bahagia, ada yang dapat rezeki anak-anak yang cerdik pandai. Itu semua rezeki Allah. Allah yang pegang.

Allah nak bukak pintu rezeki untuk kita dari pelbagai jalan. Samada kita nampak hikmah tu atau tak. Nak rasa manisnya kejayaan, kita kena usaha. Allah nak kita usaha. 

Kena yakin bahawa Allah itu Ar-Razak ~ Maha Pemberi Rezeki. Sedangkan makhluk lain hanyalah sebagai perantara.

Setiap dari kita, dah dicukupkan bahagian rezeki masing-masing. Sesuai dengan masa dan ketikanya. Walaupun Allah tak menjanjikan hidup itu mudah, tapi Allah janji sentiasa dengar doa kita. Itu janji Allah. 

Jangan sesekali kita pertikaikan rezeki Allah. Itu hak Allah. Allah tak menciptakan manusia untuk menjadikan dia gagal. 

Allah beri keistimewaan setiap hambaNya mengikut takdir yang berbeza. Rezeki yang berbeza. Kita kena cari. Kalau tak usaha, jangan harap rezeki tu datang bergolek. Atau sekadar berangan Mat Jenin. 

Mungkin hanya 1 dalam 1000 yang dapat rezeki terpijak; walaupun hanya bermula dengan angan-angan.  

Allah juga berkuasa memberi rezeki pada sesape jugak yang Dia nak dan berkuasa jugak menarik kembali nikmat rezeki yang Dia dah bagi.


Macamana nak tarik rezeki dengan cara mudah?

Bersedekah

Kita semua tau, Islam menggalakkan kita bersedekah. Dalam harta kita, ada jugak harta orang lain yang kita perlu bahagi-bahagikan.


Amalan bersedekah takkan mengurangkan harta kita sebaliknya Allah akan gantikan dengan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka.

Selalunya bila datang peminta sedekah kat kita. Apa reaksi kita? Selalunya kita akan bagi jumlah yang paling kecil dalam beg kita. Kita selalu cakap...alahh...dah ramai tu orang bagi kat dia. Ikhlas kah sedekah kita macam tu?

Apa yang saya nak cakap kat sini, bersedekahlah semampu dan seikhlas mungkin. Jangan lepas bersedekah, kita merungut dalam hati atau buat muka supaya dia beredar cepat2 pegi kat meja lain pulak. Tak bermaknalah sedekah kita kalau kita sakitkan hati dia.

Kalau kita nak bagi sedekah berbentuk barangan pulak, bagilah barang-barang yang masih elok dan boleh diguna. 

Jangan pulak kita transfer "sampah" kita pada orang lain. Bayangkan perasaan si penerima bila menerima pakaian yang koyak rabak. 

Kalau kita tak dapat bagi lebih, sekurang-kurangnya kita bagi lah sesuatu yang boleh buat si penerima gembira. Kerana in return, si penerima pasti mendoakan yang baik-baik untuk kita.

Antara perkara lain dalam bersedekah, jangan sesekali kita mengharapkan balasan atas apa yang kita bagi. Atau bersedekah untuk menunjuk-nunjuk kekayaan yang kita ada.

Berdoa

Berdoa dan berdoalah. Mintaklah kat Allah. Allah yang bagi rezeki. Setiap kerja yang kita buat, iringilah dengan doa. Pohonlah keberkatan Allah dalam kita mencari rezeki yang halal. 

Sertakan niat rezeki yang kita cari ini, bukan untuk diri kita sendiri, tetapi jugak untuk orang lain. In sha Allah akan diperkenan.

Solat sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha ni macam magnet rezeki. Satu-satunya solat yang sangat berkait rapat dengan limpahan rezeki dari Allah, rezeki yang diberkati dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat nanti, dibukakan pintu yang khusus untuknya. 

 
Solat Dhuha ini juga termasuk dalam master checklist yang sangat ditekankan di bawah susur galur MFMS yang saya ikuti. 

Subhanallah...cukup sempurna doa solat Dhuha nie...


“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Ini hanyalah sebahagian amalan mudah menarik rezeki. 
Antara amalan-amalan lain ialah :
1) Baca surah Al-Waqiah setiap hari
2) Solat Taubat sebelum tidur
3) Solat hajat
4) Selawat 1000 kali sehari jika mampu

Kalau nak dikira nikmat rezeki yang Allah dah bagi pada saya selama ni...memanglah tak terhitung banyaknya. Terlalu banyak. Syukur Ya Allah. 

Syukur kerana menggerakkan hati saya untuk bersama Shaklee. Ukhwah yang terjalin sesama kawan-kawan dibawah MFMS adalah satu bentuk rezeki yang saya anggap cukup berharga. 
Lautan ilmu saya dapat dari mereka juga adalah rezeki. Nikmat kesihatan yang saya dapat bila guna Shaklee juga adalah bentuk rezeki. Dan bonus Shaklee yang saya dapat juga adalah rezeki. Sesungguhnya tiada khilaf dalam rencana Allah.  


Akhir kalam, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, selagi belum sampai masa dan ketikanya...bersabarlah. Selagi tidak tertulis rezeki itu bukan milik kita, teruslah berusaha dan mohon kepadaNya. 

Mungkin ada kejutan dari Allah yang tidak kita duga. Kerana apa yang kita rasa terbaik untuk kita, belum tentu terbaik dalam perancangan Allah.

Teruskan melangkah. 

Wallahua'alam.

Love,
Zeta


1 comment: