Bismillahirrahmanirrahim
Sejak saya share entry yg lepas on The RESULT SPEAKS!! THANKS SHAKLEE! ramai yang tanya, "eh camana hang boleh kurus, berat aku tak turun pun, naik lagi ada. ermm...kat mana silapnya?"
Saya rasa terpanggil nk share pengalaman saya di sini.
Mungkin kita tergolong dalam kumpulan berikut:
1. kurang mengambil air kosong - kadang2 jer cukup 3 liter
2. Pengambilan makanan ringan (junk food) - "silent killer"
3. Pengambilan vitamin yang tidak konsisten
4. tidak bersenam
5. Selalu berlapar - Skip meal
6. Makan lewat malam - snek, makanan bergula & tinggi lemak
7. Kurang tidur
Apa yang saya amalkan dalam set langsing Shaklee merangkumi proses DETOX (penyahtoksidan), BAKAR (BUANG) dan BINA.
KENAPA NAK DETOX?
Secara fitrahnya, badan kita mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengawal kesihatan termasuk menyerap nutrisi daripada pemakanan yang kita ambil. Makanan yang masuk ke dalam usus, umpama sisa buangan yang kita buang di dalam saluran paip sinki di rumah kita.Kita buang segala minyak/gris, lemak, cecair dan sisa pepejal melalui paip ini. Jika tidak dibersihkan, apa akan jadi? Bahagian dalam paip akan tersumbat dan lama kelamaan akan berkarat.
Begitu juga dengan badan kita, lama kelamaan, mekanisma tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya dilonggokkan dengan sisa toksin.
Sinki tersumbat??
Apabila ini berlaku di dalam usus, metabolisme kita akan bergerak pada tahap yang sangat perlahan dan lama kelamaan akan hilang keupayaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang kita ambil (seterusnya menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan!!). Makanan berlebihan yang kita ambil akan buat tubuh kita kenyang...TAPI...nutrisi atau zat yang tubuh kita perlukan tidak diserap dengan BAIK.Badan akan jadi semakin lemah dan tidak bermaya, seterusnya menyimpan air (water retention). Sekiranya toksin ini tidak dikeluarkan dengan sempurna dan melekat pada dinding usus, termampat dalam jangkamasa yang lama, ia akan mengundang pelbagai jenis penyakit berkaitan usus.
Bagi tubuh yang sihat, sistem pencernaan dan perkumuhan dalam badan kita hanya memerlukan antara 24 - 48 jam saja untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan zat makanan seterusnya mengeluarkan sisa buangan. Malangnya, bagi mereka yang mengalami masalah kolon/ usus ini, proses ini akan mengambil masa 3-5 kali LEBIH LAMA!!
Sebab itu, adalah penting, sebelum memulakan program diet, adalah lebih baik kita DETOX dulu. Antara organ penting yang perlu kita bersihkan adalah buah pinggang, hati, usus, darah dan sistem limfatik. Dengan membersihkan organ2 ini, proses penurunan berat badan akan jadi lebih mudah kerana sisa toksin sudah dibuang!! Inilah agen-agen penyahtoksin dalam Shaklee :
![]() |
bertindak sebagai pembersih darah & bermanfaat untuk penyerapan protein & karbohidrat |
![]() |
khusus untuk melindungi hati dari toksin & merangsang pengaliran hempedu |
![]() |
Membantu pergerakan usus secara semulajadi & mengatasi sembelit |
JOM, BAKAR LEMAK!!
Okey...semasa kita makan pula, badan akan mengaktifkan satu proses untuk menggantikan darah dan sel-sel baru. Ini dipanggil METABOLISME. Kadar metabolisme tidak menentukan berat badan kita. Berat badan bergantung pada keseimbangan KALORI YANG DIAMBIL VS KALORI YANG DIBAKAR. Satu teori yang agak mudah kita faham.
KALORI MASUK (Apa yang kita makan)
KURANG dari
KALORI YANG DIBAKAR
= KURUS
Tetapi...sekiranya...
KALORI MASUK (Apa yang kita makan)
LEBIH dari
KALORI YANG DIBAKAR
= GEMUK!!
Di antara penyebab kadar metabolisme rendah adalah :
1. Otot berkurang kerana tidak bersenam
2. Faktor usia.
3. Pola makanan yang tidak seimbang seperti banyak makan makanan bergula, rendah protein dan tinggi kandungan lemak
APAKAH TIPS MENGAWAL METABOLISME??
- JANGAN makan kurang dari 1000 kalori sehari. Metabolisme menjadi perlahan kerana mahu menjimatkan tenaga. Metabolisme umpama api yang marak menyala. Sekiranya kayu api dibakar pada kadar yang tepat, proses pembakaran akan berlaku pada kadar yang stabil. Sebaliknya, jika tiada kayu api atau bahan bakar yang berkualiti, api akan PADAM!!
- JANGAN lupa ambil makanan antara 4-5 kali sehari dalam kuantiti yang kecil supaya metabolisme mendapat respon yang baik dari input makanan yang kita makan secara konsisten.
- JANGAN lupa bersarapan. Kajian menunjukkan orang yang mengambil sarapan pagi lebih berupaya mengawal berat badan berbanding mereka yang tidak. Ini adalah kerana tahap metabolisme sudah ditingkatkan pada awal pagi selepas "berehat" sepanjang malam
- JANGAN lupa masukkan protein dalam setiap hidangan makanan anda kerana protein akan memastikan otot kita terbina dan terpelihara dengan sempurna
- JANGAN lupa bersenam. Lakukan sekurang-kurangnya 4-5 kali aerobik atau yoga dalam seminggu kerana aktiviti ini menyebabkan metabolisme kekal di tahap optimum walaupun sesudah melakukan latihan.
![]() |
bertindak sebagai pembakar lemak & berperanan untuk menyerap zat2 penting dari salur darah ke sel badan |
![]() |
Mengawal kadar kolesterol & melindungi jantung |
BENARKAH PROTEIN BERMANFAAT DALAM MEMBINA OTOT?
Bagi atlit bina badan, mereka perlu menaikkan kalori intake ke satu tahap supaya otot yang dibina bersesuaian dengan berat badan mereka. Selain itu, Protein merupakan zat makanan asas bagi pembinaan otot. Bagi kita yang baru memulakan program diet, ada ketika nya kulit seakan menggelebeh kerana lemak (termasuk otot) sudah dibuang. Ingat, jika kita ingin menurunkan berat badan, kita perlu membuang lemak...BUKAN jisim otot kerana lebih banyak otot, lebih banyak lemak akan dibakar.
Selain membina otot, Protein
juga diperlukan untuk membina hormon, enzim, dan
lain2 komponen imunisasi badan. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita tidak
boleh menyusun struktur yang membentuk setiap sel, tisu & organ. Badan juga tidak boleh menghasilkan bahan-bahan biokimia yang diperlukan untuk
fungsi kardiovaskular, pengecutan otot, pertumbuhan, dan penyembuhan.
Tanpa jumlah protein yang mencukupi, otot kita takkan sembuh dengan cepat
selepas latihan. Otot tidak dibina semasa kita bersenam, sebaliknya dalam keadaan rehat (selepas bersenam). Jadi, adalah penting, Protein diambil SELEPAS latihan senaman atau angkat berat supaya ia dapat dihantar ke otot, sebagai proses penyembuhan selepas regangan berlaku pada otot akibat aktiviti berat.
Makanan pejal pula
mengambil masa yang lama untuk dihadamkan, jadi proses memecahkan
protein dan penghantaran kepada otot lebih lambat, sebab itu cara yang
terbaik mengambil protein adalah sejurus selepas bersenam.
![]() |
Memberi tenaga berterusan dan membantu proses regenerasi kulit & otot |
SUSAH KE NAK KURUS?? All you need is...
Doa, usaha, yakin & istiqamah.
I'm here...happy to assist...
Zeta
ID 1152058
019-228 2174
0 comments:
Post a Comment