Tuesday 1 July 2014

SANGGUPKAH MEMBIARKAN LUTUT ANDA BERSENDIKAN BESI??

Bismillahirrahmanirrahim


Ramadhan Kareem..
Bersempena Ramadhan ni, ramai pulak yang tanya pasal set sendi. Ramai yang mengadu sakit lutut terutama bila nak solat terawih, ketika mengerjakan haji & umrah dan sebagainya. Tak kurang jugak yang nak tahu, sebagai persediaan untuk raya nanti...kan nak jalan jauh2...rumah terbuka sana sini...oppss...jalan terlebih makan sudah la yer...

Kalau dah sakit lutut, duduk pun tak kena, berdiri pun tak kena...

Ermm...Ada juga yang tanya sebab nak hadiahkan kepada ibubapa & orang2 tersayang gitu...jangan silap yer...Sakit sendi kini bukan lagi dikategorikan sebagai "sakit orang tua". Sakit sendi kini sudah menjadi penyakit umum yang boleh menyerang sesiapa saja, tak kira usia.  


SAKIT SENDI memang mengganggu pergerakan. 

 

Anda BERISIKO mendapat sakit sendi sekiranya :

1. Anda bekerja di pejabat dan terlalu lama menghadap komputer. Bahagian bahu dan belikat selalu rasa tegang

2. Anda duduk, berdiri atau berjalan dalam postur yang tidak betul

3. Anda sering mendukung anak atau mengangkat beban yang berat

4. Anda tidur dalam posisi yang tidak betul

5. Anda seorang Atlit


TAHUKAH KITA?? 

Sakit sendi atau Osteoarthritis (OA) dan Rheumatoid Arthritis (RA) adalah termasuk penyakit nombor 2 selepas penyakit jantung!! Dan TAHUKAH ANDA Sakit sendi yang kronik BOLEH menyebabkan anda HILANG UPAYA??

Walaupun tidak menyebabkan kematian tetapi ia boleh mengganggu aktiviti penderita, menyebabkan gangguan dan ketidakselesaan kerana sendi akan berasa ngilu, kaku, dan bengkak sehingga sering kali menyebabkan gerakan sendi terbatas. Begitupun, kita sering megambil ringan masalah sendi ini berbanding penyakit Jantung, Aids atau Kanser.

Bahagian paling kerap mengalami rasa sakit ialah pinggul, lutut, pergelangan kaki dan tangan.  Kajian menunjukkan, orang Asia lebih kerap mengalami sakit lutut berbanding pinggul.

BAGAIMANA SENDI KITA BEKERJA? 

Apa yang berlaku kepada sendi semasa kita berjalan...atau bergerak? 


Ini sendi yang sihat


LIGAMEN, RAWAN & CECAIR SINOVIAL

Pada asasnya, SENDI adalah pergerakan satu tulang kepada tulang yang lain. LIGAMEN memegang dua tulang bersama-sama. RAWAN pula berada di permukaan tulang untuk mengelakkan dua tulang menjadi haus akibat bergesel antara satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar tanpa rasa sakit. 

Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan. Namun, kadar cecair sinovial akan berkurang dengan faktor usia dan tulang mula menipis seterusnya menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan. Inilah yang dinamakan RADANG SENDI.



Ini pula sendi tidak sihat yang menunjukkan keradangan


AWAS !! Apabila anda mengalami simptom ini - kebengkakan, kebas2, lutut tidak boleh/ sakit ketika dibengkokkan, kemerahan dan rasa hangat ketika disentuh, terdapat bunyi berkeriuk pada lutut ketika solat atau ketika tunduk mengangkat barang & seringkali rasa lemah pada lutut.

FAKTA :

1) Satu kajian yang dijalankan oleh Prof Bruce Caterson dari Universiti Cardiff mungkin mendapati makanan tambahan seperti minyak hati ikan kod, kaya dengan asid lemak penting Omega 3, terbukti secara saintifik dapat mengurangkan bengkak dan membantu melambatkan kemusnahan rawan dalam sendi.

2) Kajian lain di Jerman membabitkan Joerg Gruenwald menunjukkan minyak hati ikan kod, memberi kesan positif terhadap sendi dengan mengurangkan kekejangan pad waktu pagi dan kesakitan sendi.

3) Presiden Arthritis Foundation of Malaysia (AFM), Dr Chow Sook Khuan juga mengakui, minyak hati ikan kod juga mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan semula dan pembentukan tulang, membantu untuk mengelakkan riket (rasa sakit dan pembesaran tulang pada sendi) dan mengelakkan osteomalasia (sakit sendi dan kelemahan otot).

Gabungan vitamin A,D,E dan asid lemak Omega-3 menjadikan minyak hati ikan kod sebagai makanan tambahan yang boleh membantu sendi sentiasa sihat secara semula jadi. 

SENDI BESI
Rawatan alternatif untuk mereka yang menghidap sakit sendi, adalah melalui pembedahan menggantikan kedua-dua sendi lutut dengan SENDI BESI!! Persoalannya, sanggupkah kita??

Ohhh...tidakkk...!!!


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

SET SENDI SHAKLEE MEMBANTU DENGAN 3 LANGKAH

Langkah 1 
Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet

Memberi 3 manfaat kepada sendi :
  • Meningkatkan keselesaan sendi
  • Memberi kesan kusyen - mengekalkan tulang rawan 
  • Memelihara kesihatan tisu penyambung

INFO

Meningkatkan keselesaan sendi

Ekstrak Boswelia yang terdapat di dalam tablet ini menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Bahan aktif utama dalam ekstrak ini ialah asid boswelik - berfungsi sebagai anti radang semulajadi. Bahan yang sama ditemui dalam perubatan ayurveda yang sudah digunakan sekian lama  untuk menyokong kesihatan.

Memberi kesan kusyen - mengekalkan tulang rawan

Ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina diperlukan sebagai blok binaan utama yang membina tulang rawan dan sebagai pelincir yang melicinkan pergerakan sendi. Ia juga boleh didapati dalam tendon & ligamen.

Memelihara kesihatan tisu penyambung 

Zink, tembaga, mangan & vitamin C merupakan nutrien penting untuk memberi sokongan kolagen & komponen tisu penyambung lain serta memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat

Langkah 2
Mengurangkan inflamasi 

Omega Guard
Omega Guard dimasukkan dalam set sendi ini kerana kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama Glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding pengambilan Glukosamina sahaja. 

Omega 3 bertindak untuk melambatkan degradasi (penyusutan) tulang rawan dan mengurangkan keradangan sendi. Ia juga bertindak sebagai pelincir yang membantu kita untuk bergerak dengan lebih mudah.

Omega Guard Shaklee sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega 3, berbanding kapsul minyak ikan jenama lain yang rata-ratanya hanya mempunyai antara 30%-60% kandungan Omega 3.


Mengurangkan inflamasi

Langkah 3
Mengekalkan sel tulang yang sihat


OsteMatrix
OsteMatrix dilengkapi dengan :
1. Kalsium - membina dan memelihara tulang yang kuat
2. Magnesium - membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
3. Vitamin D - merangsang penyerapan kalsium
4. Boron - membantu dalam metabolisme tulang
5. Mangan, tembaga dan zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang. 

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda di usia emas :-)

Mengekalkan sel tulang yang sihat

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET, OMEGA GUARD & OSTEMATRIX

Set ini sebagai cadangan untuk anda yang inginkan kesihatan dan keselesaan sendi. Samada anda sudah menghidap sakit sendi atau belum, mendapatkan nutrisi penting untuk sendi adalah jalan terbaik seiring dengan pertambahan usia kita. Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini membataskan pergerakan anda.  


KECIL PELABURANNYA, BESAR MANFAATNYA!


I'M HERE...HAPPY TO ASSIST...
















Zeta
ID 1152058
019-2282174




0 comments:

Post a Comment