Tuesday 8 July 2014

VIVIX - Penawar Kanser Untuk Bonda

Bismillahirrahmanirrahim 

Usai solat terawih malam tadi... tiba-tiba hati saya tersentuh bila teringatkan peristiwa setahun yang lalu. Emak yang saya kasihi dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan. Rasa hiba sangat.

Mungkin ada antara anda tidak pernah merasai perasaan tinggal berjauhan bersama kedua ibubapa. Saya di Kuala Lumpur, kedua ibubapa di Perak. Walaupun mungkin ada yang merasakan... alaaahhh... tak jauh mana, Perak-KL. Tapi...Saat menerima panggilan telefon dari kampung memaklumkan kesihatan kedua mereka, hati bagai dirobek. Apa lagi di waktu yang sama, kita berdepan dengan tuntutan tugas di tempat kerja yang amat penting. Memang tiada kompromi dalam memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak. Letaklah ketepi segalanya. Perjalanan pula terasa amat jauh. Tambah lagi kalau terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Itulah yang saya rasa setiap kali diberitahu tentang kesihatan mak saya. Perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Selain terdapat darah beku pada salur darahnya, mak saya turut merahsiakan penyakitnya selama ni. Kami tau, dia memang menghidap diabetes dan darah tinggi...namun, penyakit yang satu ini, tidak pernah dikongsikan dengan kami. Selama bertahun-tahun dirahsiakan dari kami adik beradik. Payudara kanannya membengkak dan mengeras. Tidak pernah sekali dia menjalani pemeriksaan. Saya tahu, dia paling takut untuk ke hospital. Segalanya terbongkar apabila dia dimasukkan ke wad akibat kesukaran bernafas. Tisu pada payudaranya di ambil untuk dilakukan ujian. Di saat-saat seperti ini, sokongan suami dan anak-anak, saya rasakan amat diperlukannya. Kami cuba menenangkan mak... "In sha Allah... takde apa-apa mak". 

Selepas seminggu di hospital...Keputusan ujian makmal sudah diperolehi...Dalam hati tak putus berdoa... Ya Allah...Kau berilah kami khabar gembira. Janganlah hendaknya penyakit yang satu "itu"... Saat doktor menyampaikan keputusan tersebut..."Makcik, kami dah buat pemeriksaan atas tisu makcik dan kami boleh sahkan...ianya KANSER PAYUDARA..." Kami terdiam sejenak. Umpama batu besar tersekat di kerongkong. Tidak ada kata yang mampu mengungkapkan perasaan kami pada ketika itu.

Tanpa diminta, Doktor tersebut terus melantunkan kata2, menyampaikan berita tersebut dengan penuh tenang... "sel kanser ni sangat aktif dan kami perlu mulakan rawatan secepat mungkin...." Yang lain-lainnya tidak kedengaran lagi di telinga saya...Saya peluk dia...dan kami cuba menenangkannya. Hanya airmata yang mengalir di pipi... Cuma yang masih kekal terpahat dalam ingatan saya sampai hari ni... ketika Doktor menyampaikan berita tersebut... yang terlantun dari bibir tuanya... hanya 1 perkataan.. iaitu kalimah Allahhhh... Mak adalah insan terpilih yang Allah duga beliau dengan ujian sehebat ini di kala usianya menginjak 70 tahun. 

Saya tahu, mak saya cukup kuat. Saya tau... Allah takkan menguji hambaNya yang tidak mampu menerima ujianNya. Dalam kepayahan, dia bersuara... "walau apapun, Mak tak mahu buang... sebab selama ni pun, mak tak sakit... sikit pun tak sakit..." Apa yang lebih menyentap perasaan kami, apabila mak menyatakan kebanggaannya dapat menyusukan keenam-enam anaknya dengan susu badan sendiri. Ada antara adik beradik saya menyusu sampai lebih 2 tahun! Mak halalkan air susu mak ni untuk anak-anak mak...dan mak redha."

Walau puas dipujuk, mak tetap dengan keputusannya. Siapa kami untuk memaksa beliau membuang sesuatu yang menjadi haknya. Kami serahkan kepadanya membuat keputusan, hanya yang mampu kami lakukan... berdoa dan terus berdoa... agar dipermudahkan segalanya... diringankan penderitaannya...diberi kesembuhan mutlak oleh Allah Taala. 

Setelah pakar2 di hospital berbincang...Pada awalnya doktor memaklumkan mak perlu menjalani rawatan kemoterapi selama 12 kali. Sehingga bengkak tersebut surut, barulah pembedahan boleh dijalankan. Kami tak tau bagaimana rawatan kemo tersebut. Belum ada dalam sejarah keluarga kami menghidap sebarang kanser. Apa yang saya tau... ianya tidak meyelesakan. Selain mematikan sel-sel kanser, kemo juga mematikan zarah sel-sel lain di dalam badan. Selepas rawatan tersebut, pesakit akan berasa loya, pening, panas dan cirit birit. Tak boleh makan & minum dan hanya terbaring dek didera rawatan kemo tersebut.

Rawatan kemo yang pertama ke atas mak menunjukkan hasil yang positif. Walaupun dia mengadu panas tapi beliau mampu bertahan. Sedih melihat keadaannya yang terpaksa ke tandas beberapa kali sehingga terpaksa dipakaikan pampers.  Alhamdulillah, dia tidak mengalami alahan yang teruk selepas rawatan seterusnya.

Melewati beberapa sessi rawatan...ketika saya usap kepalanya, rambutnya mulai gugur... sedikit demi sedikit... adakalanya sewaktu mengemaskan tempat tidurnya, saya kutip gumpalan rambutnya yang semakin menipis... setiap kali itulah airmata saya tumpah... Subhanallah... Semoga mak terus kuat... 

Sepatutnya kemo dijadualkan sebanyak 12 kali. Tapi selepas 6 kali rawatan, Doktor memberitahu sekiranya bersetuju untuk pembedahan, ianya sudah boleh dilaksanakan sebab bengkak tersebut sudah menyusut. Namun mak tetap tidak sanggup melepaskan sebahagian dari nyawanya itu. Beliau harungi semua sessi rawatan dengan penuh tenang. Baik secara moden, mahupun tradisional. Pantang ada yang mengesyorkan tempat rawatan, kami pergi. Selain ubat2 hospital, kami mula mencari supplemen yang sesuai sebagai penawar untuk penyakit mak.

Selepas rawatan tersebut, mak nampak sedikit sihat dan kami boleh menarik sedikit nafas lega. Kami meneruskan rawatan secara tradisional tapi dalam masa yang sama mak tetap berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan.

Tetapi rasa lega mak cuma bertahan beberapa bulan... Kini... selepas setahun...mak perlu menjalani rawatan kemo semula kerana payudaranya kembali membengkak dan mengeras. Keaadaannya tidak semakin membaik dari dulu...tidak juga semakin memburuk. Cuma keadaan fizikalnya tidak lagi seperti dulu... 

Tubuh tuanya semakin susut... rambut yang sudah tiada dan muka yang kelihatan pucat dan cengkung. Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada mak untuk menjalani rawatan seterusnya. Mohon Kau permudahkanlah penderitaannya. Kau berilah kami kekuatan untuk terus menyokongnya dan menjaganya. Sesungguhnya Kami redha dengan ujianMu.. 

Mak... pengorbanan mak tak ternilai... terlalu tinggi... mana mungkin kami mampu balas... jasa mak terlalu besar pada kami... air susu maklah yang membesarkan kami adik beradik... kami akan terus berusaha membantu mak... kami nak tengok mak sembuh dan sihat macam dulu... mak bertahan yer...
 
Kami akan cuba mencari penawarnya. Semakin celik mata saya sejak mengamalkan Shaklee... saya google semua produk Shaklee... mungkin ada yang bersesuaian untuk mak... lalu saya terjumpa ni... 


Manfaat Vivix




Resveratrol di dalam Vivix digunakan sebagai terapeutik untuk penyakit kronik

 
Banyak sungguh manfaat Vivix ni. Melalui testimoni2 yang saya baca, ada pesakit yang sudah bebas dari kanser dan penyakit2 kronik yang lain. Semoga ini dapat membantu meringankan sakit mak.

Mak saya bukanlah seperti pesakit kronik lain yang pernah saya lihat. Tiada yang mampu memadamkan semangat wanita ini dalam bertarung melawan penyakitnya. Walaupun ada ketikanya kesihatannya agak merosot, Mak saya masih mampu melakukan kerja-kerja rumah! 

Kami tau mak kuat... malah kami yakin, kekuatan yang ada pada kami hari ni, adalah kekuatan mak sebenarnya...Semoga mak cepat sembuh dan terus berjuang melawan kanser...

Terima kasih mak... 


Salam sayang untuk mak...

0 comments:

Post a Comment