Saturday 12 July 2014

KERANA WANG BUKANLAH SEGALA-GALANYA...

Mungkin ada antara anda yang pernah dengar ungkapan berikut : 

WANG BUKANLAH SEGALA-GALANYA...

Bagi saya, ungkapan tersebut dah jadi macam nilai tersendiri yang terpahat dalam diri sejak dibangku sekolah lagi. Namun, lama kelamaan...semakin meningkat dewasa, apa yang saya dapati, nilai ini menjadi konflik dalam diri saya. 

Betul ke WANG BUKAN SEGALA-GALANYA? 

Kalau nak difikirkan, dari sejak lahir, mak ayah kita perlukan wang untuk bayar bil hospital, beli lampin, beli susu dan sebagainya. 

Masuk pulak alam persekolahan, kena bayar yuran sekolah, duit belanja sekolah, beli buku sekolah, baju sekolah dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan sekolah. Zaman sekarang, jangan ceritalah...hatta masuk tandas awam pun perlukan duit!! 

REALITI HIDUP


Kalau wang bukanlah segala-galanya, kenapa ada yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana kekangan kewangan? Kenapa ada yang terpaksa menyewa rumah sampai pencen kerana tak mampu memiliki rumah sendiri? Nak harapkan rumah pusaka mak ayah? Itupun kalau tak berebut dengan adik beradik yang lain.

Pendek kata, sampai mati pun kita perlukan wang. Kalau tak, dengan apa waris-waris kita nak menguruskan pengebumian kita? Macam mana pulak kalau tiba-tiba kita disahkan mengidap penyakit kronik dan terlantar di hospital? 

Hari ni, kita mungkin kata, kalau itu berlaku, kita boleh menanganinya dengan mudah. Hospital Kerajaan ada, majikan pun ada. Kawan-kawan dan keluarga mesti boleh tolong punya... 

Saya tak kata Hospital Kerajaan itu tak bagus. Cuma di saat kita perlukan rawatan segera, mungkin ini bukanlah pilihan terbaik. Melambak lagi orang lain yang beratur menunggu giliran yang jauh lebih kritikal dari kita dek kerana kosnya yang lebih rendah. 

KOS RAWATAN - MAMPUKAH KITA??


Nak tak nak, terpaksalah fikirkan alternatif lain iaitu hospital swasta. Kos perubatan hospital swasta, tau sajalah..kadang-kadang boleh mencecah harga sebijik banglo!! 


Mana nak cari DUIT?? Takkan nak pinjam bank? Nak mintak dari keluarga dan sedara mara? Setakat RM100-RM200 tu..bolehlah. Tapi...kalau dah cecah berpuluh ribu, saper nak bagi? 

Nak mohon belas ihsan orang lain? kawan-kawan? Belum tentu ada yang sudi tolong. Kalau dapat perhatian pun, setakat dapat bantu tampung keperluan asas saja...Berderet lagi orang susah yang menunggu giliran nak dapat bantuan.

Itu adalah sebahagian dari realiti hidup. Macam mana kita nak menidakkan yang WANG adalah segala-galanya?? 

Dari sisi lain, WANG bukanlah segala-galanya. Tapi...tidak dinafikan...segala-galanya perlukan WANG. Memang dunia hari ini..DUNIA DUIT. DUNIA WANG!



Namun, masih ada yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Contohnya, 

1. Masa - wang tak dapat kembalikan masa yang dah berlalu. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk merebut peluang hari ini. 

2. Kebahagiaan diri & ahli keluarga yang lain - Dengan wang, mungkin kita boleh hidup mewah tapi itu tak bermakna...kalau wang tak dapat menghadirkan secebis bahagia di lubuk hati kita. 

3. Bakat - Setiap manusia dilahirkan dengan bakat tertentu yang mungkin tak ada dalam diri orang lain. Jadi, kenapa kita tak nak gunakan bakat yang ada dengan sebaik-baiknya?

4. Cinta - Kita mungkin boleh buat orang lain tertarik dengan kita sebab duit, tapi...perhatian, perasaan kasih sayang, perasaan ingin berkongsi dan memiliki tu...lahir dari hati. 

5. Kedamaian - Jika wang boleh beli kedamaian, maka aman damailah dunia ni, tak ada perang dan huru hara sana sini. Sebaliknya, wang dan kuasalah yang menjadi punca pertikaian dan permusuhan. 

6. Kesihatan - kita perlukan duit untuk bayar bil rawatan, tapi boleh ke duit kembalikan kesihatan kita yang dah hilang? Bukan ke kita dah diingatkan dengan pepatah melayu "mencegah lebih baik dari mengubati" dan "cegah sebelum parah"?

7. Kejayaan - Mungkin ada yang dapat kejayaan dengan cara yang tak betul...macam mengambil rasuah dan sebagainya. Kejayaan yang sebenar akan lebih manis kalau datang dari hasil usaha yang keras, tanpa mengenal erti penat lelah & putus asa. 


Cukup besarkah usaha kita dibandingkan dengan impian kita?

 
Mengejar kejayaan dan kekayaan adalah tidak berdosa, tetapi jangan sampai hati kita diikat menjadi hamba kepada wang...itu BERDOSA. 

Dalam doa-doa kita sering mohon pada Allah agar kita diberi rezeki yang melimpah ruah, yang tidak putus-putus, dibebaskan dari beban hutang dan diberi kesihatan yang baik. 

Kita sering impikan hidup yang sihat dan selesa agar kita dapat bantu orang-orang disekeliling kita. Samada kejayaan atau kesihatan yang anda impikan...KEJARLAH mimpi itu SEKARANG. 

kalau aku kaya.... :-)

Jika anda impikan KESIHATAN anda berjalan seiring dengan KEJAYAAN dan KEKAYAAN anda, jom jadikan SHAKLEE sebagai kenderaan untuk anda meraih mimpi-mimpi itu. 

Allah memberikan mimpi-mimpi itu untuk kita mengejarnya. Bukan sekadar bermimpi. Hanya orang-orang yang tidak bermimpi akan ketinggalan di belakang.


Orang mukmin yang kuat (dalam iman dan tekadnya) lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan masing-masing (dari keduanya) memiliki kebaikan, bersemangatlah (melakukan) hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mintalah (selalu) pertolongan kepada Allah, serta janganlah (bersikap) lemah…”. ( HSR Muslim (no. 2664).

MENGEJAR IMPIAN


Saya sedang mengejar impian saya bersama SHAKLEE. Bersama insan-insan hebat yang lain. Saya nak jadi mukmin yang memberi manfaat pada diri sendiri, keluarga dan juga orang lain. Saya tak mau jadi mukmin yang lemah. Yang suka meminta-minta.

Bagi saya, peluang dapat berkenalan dengan mereka-mereka yang telah berjaya di bawah SHAKLEE, adalah peluang yang tidak datang 2 kali dalam hidup saya. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk setiap hambaNYA. 

Kenapa saya katakan peluang ini hanya datang sekali dalam hidup saya? Kerana mereka-mereka inilah yang telah berjaya mengubah pemikiran saya menjadi manusia yang lebih positif. Merekalah yang telah membuka mata saya untuk memanfaatkan potensi dalam diri saya.

Amatlah rugi kalau kita tak manfaatkan peluang, potensi dan bakat yang kita ada dengan sebaik-baiknya. 

DON'T GIVE UP!! Bukalah hati dan fikiran...& tentukan PILIHAN anda. Peluang untuk berjaya ada di depan mata.

PERCAYA & YAKINLAH...KEKAYAAN yang sejati adalah ketika kita menempatkan ALLAH di hati kita, maka yang lainnya akan datang dengan izinNYA. 

Mohon dipermudahkan...Aminnn...

Untuk mendaftar sebagai ahli, hubungi saya :-

ZETA
019-2282174 
SID 1152058 

  

...SHAKLEE...
ALWAYS SAFE
ALWAYS WORK
ALWAYS GREEN
TRUSTED MORE THAN 50 YEARS 

0 comments:

Post a Comment