Monday 18 August 2014

KISAH ARNAB & KURA-KURA VERSI SAYA


Aku bukan lahir dari keluarga yang buat bisnes. Both my parents pun bukan lahir dari keturunan yang buat bisnes. Kawan-kawan rapat & family aku, memang kenal sape aku. Aku memang tak suka bisnes. Tapi angan-angan nak bukak bisnes tu ada...

Bagi aku, nak buat bisnes ni bukan takat kena ada modal, ada ilmu, tapi kena ada kemahiran, kena ada bakat. Bukan takat biasa-biasa...tapi bakat yang LUAR BIASA.

Berapa ramai orang kat luar sana yang luar biasa? Ramai kan? Tapi berapa ramai pulak yang betul-betul berjaya menjadi LUAR BIASA?? Ini tak ramai....


Bila aku mula berdepan dengan insan-insan LUAR BIASA ni...aku mula pikir pasal siapa aku. Macamana aku nak jadi luar biasa? Ada few lessons yang aku belajar kat sini. Yang jadi pushing factor untuk aku pecahkan tradisi/ prinsip hidup aku yang tak suka dengan kerjaya bisnes ni. Ni pelajaran pertama aku.


1st lesson - The starting point
Nak tempah baju raya. Masa tu bulan Mei. Tapi ramai tailor dah mula tutup order. Jalan punya jalan, jumpalah satu kedai ni...aku tengok kat luar ada tulis "TEMPAHAN RAYA MASIH DIBUKA". Dalam hati, okey...aku nak tempah sepasang dulu. Nak test tailor ni...OK ke tak. Kalau OK, bolehlah hantar lagi.

Walhal dalam beg aku ada 3 pasang kain. Bila dia bukak beg aku, dia kata, eh kain ni cantik, tak nak hantar semua sekali ke? Mana ada orang ambik order lagi dik...(Biasalah, ayat marketing). Bermula dari sepasang, aku terus letak 3 pasang sekaligus. Janjinya, pertengahan Jun, siaplah ketiga-tiga baju aku tu.

Tunggu punya tunggu, last-last lagi 3 hari nak raya, baru baju aku siap. Janji dari pertengahan Jun membawak ke hujung bulan Julai. Tu pun selepas beberapa kali follow up...sampai aku hampir hilang pertimbangan. 

Sad to say, bukan takat tak siap on time, siap pun tak macam dijanjikan. Memang aku frust habis. Last-last raya pun tak pakai baju tu sebab aku rasa macam pakai baju pinjam. Pagi raya muka aku dah macam nie...

Tapi, nak marah dia, not worth it pulak. Sebab aku rasa dia bukan jenis orang yang nak maju. Nak jadi biasa-biasa ja...Sepanjang balik dari kedai jahit hari tu, aku dok pikir. Tak semua orang Allah bagi kemahiran macam tu. Alangkah ruginya dia tak gunakan talent dia tu sebaik mungkin.

Maybe dia rasa dah cukup puas hati dengan customers yang dia ada. Or dari walk-in customer yang terdesak nak tempah baju macam aku. Nak tak nak, orang terpaksa jugak hantar sebab dah lewat. Tapi, sekali tu jelah. Nak repeat...memang tak lahhh....

But in my case, aku rasa dia rugi besar. Sebab apa aku cakap dia rugi? Sebab sebelum baju aku siap lagi, aku dah promote kat member aku. Member aku ni buat bisnes baju online and tengah cari tailor yang boleh ambik tempahan "in bulk". Dengan syarat, dia boleh deliver on time & sedap pakai.

Tapi sayangnya, si tukang jahit ni..takde both criterias. just because of her attitude, aku suruh member aku ni tadi cari tailor lain. Kalaulah dia lebih serius & profesional, takdelah dia buang masa kena cari pelanggan baru. Duduk diam-diam ja dapat bisnes selepuk gituuuu...

Lagi satu potential customers dia...would be kawan-kawan kat ofis aku...diorang cari tailor based on testimoni bergerak. Eh, cantik baju hang, tempah mana? (rasa kembang sat masa tu) dan...mula start hantar baju kat situ...korang tau lah...bila dah sedap pakai, orang takkan hantar sepasang jer. Paling tidak 3 pasang! Mesti repeat kat tempat yang sama.

Benda ni simple jer...Its the trust that you have to build. Tak perlu bayar pun... Percuma jer.

Cuma perbaiki kelemahan diri...& all of us...I'm sure ada 1 kelemahan diri....baiki yang SATU tu dulu....

Amazing mathematics message sent by my ex-boss satu ketika dulu...

If : A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y & Z is equal to

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25 & 26

Next, try campurkan the following words :

H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E = 12+15+22+5 = 54%

None of them hit 100%. Not even...

M+O+N+E+Y = 13+15+14+5+25 = 72%

&

L+E+A+D+E+A+R+S+H+I+P = 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%

Then, what made up 100%?

Let's try yang ni pulak...

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

See? the answer is ATTITUDE...that contribute 100% to a successful life !!

Kalau attitude or sikap kita positif, semua akan jadi mudah. Nak mendaki puncak, kena bermula dengan attitude. Begitu jugak kalau nak bisnes. Pendek kata, dalam citer tukang jahit ni, jangan buat promise kalau tak boleh deliver. Kat situ jer...dah FAILED!!
 
2nd Lesson - Determination

Korang ingat tak kisah dongeng kanak-kanak Arnab + Kura-kura? Kalau dulu, karakter kura-kura nilah yang dijadikan contoh - simbolik kejayaan sebenar. Tawaduknya si kura-kura untuk menang dalam perlumbaan tu...walaupun dia tau dia berjalan perlahan dan mustahil untuk menang. 

Ingat tak momen-momen macamana kura-kura yang slow tu boleh menang?

Kura-kura terus berjalan dan berjalan...sampai ke garisan penamat ketika arnab tertidur kepenatan selepas berlari jauh meninggalkan kura-kura.
Arnab dengan kura-kura
Bagi aku, dua-dua karakter pun penting. Arnab ada kekuatan fizikal. Tapi kekuatan dalaman arnab, sangat lemah. Kalau dalam bisnes, arnab akan pulun kejar UV, kejar bonus dan rank dalam bulan pertama, ke-2 & mungkin ke-3. Masuk bulan ke-4, dia QUIT. Sebab?

Bila berdepan masalah, dia jadi keliru & choose the easiest way ie. GIVE UP sebab dah biasa laju & tak nak consult orang-orang atas. Dia rasa dia terror...

SO....Jangan jadi arnab yang bodoh sombong & over confident nie.

Jom, kita try combine dua-dua karakter ni - arnab + kura-kura. Aku memang kenal orang yang ada dua-dua karakter ni. Diorang memang pantas kejar UV, kejar bonus, dari bulan pertama sampai la sekarang...baru 2 bulan join, dah naik rank...dan sampai sekarang masih terus gagah berjalan ke puncak! Nak jadi macam nie...semangat kena sekental semangat kura-kura.

Macam mana pulak yang ada karakter kura-kura jer? Memang dia maintain cool dari mula...walaupun slow tapi kura-kura tau ke mana hala tuju dia dalam bisnes. Dia akan terus guna jalan/ route yang sama & tak mudah GIVE UP walaupun ambik masa yang lama untuk ke puncak.

Dari kisah arnab + kura-kura ni...korang nampak tak? kejayaan bukanlah sebab kita hebat atau mahir dalam sesuatu bidang. Tapi sikap gigih, rajin, konsisten & yang penting...jangan mudah mengalah.

Kalau korang adalah arnab, binalah kekuatan dalaman korang. Fizikal dah tip-top. Jangan terganggu dengan perkara-perkara yang boleh melengahkan korang. Pedulikan kata-kata orang-orang di belakang korang... sebab... sememangnya itulah tempat yang paling layak bagi diorang...which is di BELAKANG korang!!

Kalau korang kura-kura, belajarlah jadi sepantas arnab, so that korang tak ketinggalan jauh di belakang.

Lambat + konsisten itu BAIK
Pantas + konsisten itu LEBIH BAIK

Kisah arnab + kura-kura bukanlah kisah dongeng dalam hidup aku...satu ketika dulu, akulah kura-kura tu. Aku rasa aku dah cukup selamat di bawah kulit yang keras...tanpa aku sedar, cengkerang tu boleh jadi beban yang berat.

Teringat dialog ketika "mak shaklee" aku ajak join bisnes ni :

Hani : Jomlah kak...join Hani buat Shaklee...saya tak nak kaya + berjaya sorang2.

Aku : Takperlah Hani...akak tak nak bisnes. Tak nak kaya. Akak memang nak Hani kaya sorang2.So...akak beli dengan Hani jerlah...

(mak shaklee aku pun sure senyum sorang-sorang bila baca dialog nihhh...)

Kisah arnab + kura-kura versi aku bukan berakhir di sini...Sekarang aku tak nak jadi kura-kura tu. Aku nak jadi arnab + kura-kura pulak. Aku punya misi untuk jadi laju macam arnab. Dalam erti kata lain...macam master2 Maria Firdaus di bawah group MFMS (The Most Happening Shaklee Team in Malaysia).

Dalam masa yang sama, aku sedang membina kekuatan dalaman. Aku nak semangat sekental kura-kura. Berbekalkan Master Checklist yang sangat-sangat power tu...pelan-pelan aku berubah. 

Patutlah master2 ni semua jadi insan luar biasa. Aku yakin Solat Dhuha, solat sunat tahajud & zikir antara amalan yang diorang buat. Until aku decide untuk jadi karakter arnab + kura-kura, Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya untuk aku.

Pengajaran dari kisah arnab + kura-kura versi aku:

1. Jangan over confident, bongkak & sombong macam arnab - sentiasa cari peluang untuk belajar dari master2 dan orang-orang atas yang dah berjaya

2. Jangan cepat berbangga dengan pencapaian yang tak seberapa. Perjalanan kita masih jauh...tapi tak mustahil untuk kita kecapi

3. Jangan pandang rendah pada orang-orang yang baru nak bermula. Mana tau, dia sepantas arnab mengejar kita dari belakang

4. Jangan gunakan bakat yang Allah bagi ke jalan yang salah

5. Belajar bekerja berpasukan. Kita mungkin tak mahir dalam sesuatu bidang, tapi dengan berpasukan, kita dapat rapatkan jurang perbezaaan tu.

 
3rd Lesson - Setting Goal
Aku join Shaklee bukan nak ubah nasib aku semata-mata. Aku join Shaklee sebab nak bantu ubah nasib orang lain jugak. Setidak-tidaknya aku dapat bagi nilai tambah dalam hidup orang lain.

First thing yang aku buat...Sebelum aku pandang orang-orang kat luar sana, aku tengok orang-orang di sekeliling aku dulu. Aku dikelilingi orang-orang sakit, orang-orang yang nak merasa pakai baju saiz S (dari XL), orang-orang yang selalu mengeluh sebab gaji tak pernah cukup & orang-orang yang sakit hati tengok orang lain berjaya. Dan aku jugak termasuk dalam kategori-kategori ni.

Aku mula buat eksperimen tikus putih atas diri sendiri. Tak sangka eksperimen aku berjaya....bila semakin banyak orang tersenyum hasil testimoni sendiri...aku dah mula excited. Bila ada orang nak join bawah aku, lagilah aku excited. 
testimoni set pantang/ kurus

testimoni set sendi

Kalau korang ada baca kisah arnab + kura-kura versi baru, in the end, both of them bukan lagi pesaing - sebaliknya diorang jadi kawan baik & bekerja sebagai 1 pasukan. 


Begitu juga kami di bawah MFMS, sentiasa support each other....master2 MFMS tak pernah lokek dengan ilmu...dan sentiasa push kami untuk tingkatkan prestasi masing-masing....walau dalam erti kata yang sebenar, kami adalah pesaing. Masya Allah...indah rupanyer berbisnes ni...apalagi di bawah MFMS - The Most Happening Shaklee Team In Malaysia!
The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!

Aku tau, master2 MFMS & rakan-rakan seperjuangan aku dalam susur galur MFMS adalah manusia luar biasa yang memang laju dari mula dan tak pernah QUIT (or shall I say, not even slow down). Kagum tengok diorang nih...

Kalau korang ada keinginan nak join, dan rasa nak ubah diri jadi insan LUAR BIASA...You are on the RIGHT track and reading the RIGHT blog. 

zetahalims.blogspot.com

Jangan segan-segan kalau nak berubah. Mulakan sekarang!! Mana tau, dengan perubahan sekecik nie...jadi titik permulaan untuk kita jadi insan yang luar biasa...sungguh LUAR BIASA...



Mohon doakan yer!

Terima kasih.

Zeta 019-228 2174


















0 comments:

Post a Comment