Wednesday 6 August 2014

SENGGUGUT...JANGAN AMBIL MUDAH!!


Selain dari  proses mengandung hingga sakit nak bersalin, antara kelebihan lain yang kaum Adam tak mungkin dapat rasa adalah Haid atau datang bulan.

Apa yang lebihnya, selain mengeluarkan darah kotor selama seminggu tu??

Haaa...kalau nak tau....masa nilah Allah Bagi Cuti (ABC) pada kami...tak payah solat, tak perlu puasa, mengaji, malah pegang Quran pun HARAM... :-)

Bila bercakap pasal Haid atau lebih dikenali sebagai period ni, antara yang paling berkait rapat adalah sakit ketika didatangi Haid. Bergantung pada individu, setiap orang mengalami simptom yang berbeza dan sangat dipengaruhi oleh tahap hormon masing-masing. Simptom ini dikenali sebagai simptom PMS (Premenstrual Syndrome).

Wahai Kaum Adam, ketahuilah...

Simptom PMS ini, bukanlah gurauan...bukan kami sengaja nak cari alasan bila tak dapat kawal diri...bukan kami mengada-ngada nak mengamuk tak tentu pasal...atau sengaja nk tunjuk muka ketat  :-)


Tapi hakikatnya, PMS ini adalah serangan fisiologi yang memberi kesan pada kesihatan fizikal dan mental kami. Ada yang menangis tengah-tengah malam. Punca kesedihan...tidak diketahui...
Kalau tau, senanglah nak pujuk kan?

Hurmmm...U ols perasan tak...Ada jugak member yang masuk ofis, tiba-tiba hempas fail atas meja...habis berterabur semua kertas...Kawan-kawan sebelah nak ajak makan pun tak berani....hahaha...kalau difikirkan memang tak masuk akal....tapi, itulah hakikatnya...

Hari-hari sebelum menjelangnya period, biasanya kami, kaum Hawa lebih senang berehat di rumah daripada keluar shopping yang menjadi rutin kami sebelum ni. Sebab time ni, dah mula rasa sakit-sakit di bahagian pinggang, perut, lutut dan tempat-tempat lain.

Jadi...kalau boleh, memang nak memerap je kat umah. Tak mampulah nak bersesak-sesak dengan orang ramai kat tempat shopping tu! Kang disebabkan tak dapat tempat parking keter pun....boleh mengamuk tak tentu pasal. 

 

Banyak lagi simptom PMS yang u ols kena tau...menjelang munculnya bulan purnama tu....perut akan rasa kembung dan kejang, payudara jadi bengkak & sensitif...dan Ms Pimples pun mula la nak bertapak kat muka time2 nie...

Bila dah masuk 1st and 2nd day period, terutama time "heavy flow" ibarat air terjun Niagara tu...lagilah rasa tak nak ke mana-mana. Tempat yang paling kerap dilawati time ni...ialah TANDAS. Tak pun bertungku dalam bilik je...sambil tekan-tekan perut...& layan lagu2 jiwang karat...sebab semua aktiviti yang agak lasak, terpaksa dibekukan.

Sendi-sendi & otot pun rasa sakit...senggugut yang teruk mengakibatkan pening kepala & mual...ada yang sampai muntah2....ni lah yang menjadi punca kelesuan (boleh jadi alasan untuk tidak memasak).... :-)


Dari segi emosi pulak, PMS ni buat kami cepat naik darah, sensitif tak tentu pasal,  tertekan, murung, sedih & rasa kurang kasih sayang...mood swing katanya....jarang sangat la nak jumpa yang time period nie...tetiba jadi happy tak hingat punyer....hehe...

Photo: Senggugut/ PMS mengganggu? Ni contoh kawan saya yg sedang mengalami PMS. Hampir2 duduk bwh meja. 
So...jgn amek mudah masalah PMS anda.

http://zetahalims.blogspot.com/2014/08/senggugutjangan-ambil-mudah.html?m=1

Ni contoh kawan saya yang tgh PMS. Tak nak duduk atas kerusi plak dia ari ni...sebaliknya pilih nak duduk bawah...hampir2 masuk  bawah meja...Gambaran sebenar nehh ... kesian dia...

Tapi...U ols janganlah risau pulakkk...kami jadik monster nie...sebulan sekali jer... :-)
The only time I can be myself :-)

Teringat masa di asrama dulu, ada kawan-kawan saya yang terpaksa berguling-guling atas katil dek menahan kejang di perut. Time ni, kalau boyfren panggil pun, bagi signal ikut tingkap jer tak nak keluar (Sebab berkain batik....macam orang dalam pantang!)

Lepas tu, pantang ada orang hulur pain killers je, semua sapu. Masa dah sakit tu...mana nak pikir side effect ke apa...tak cukup dengan pain killers tambah lagi dengan air bergas. Tu antara petua yang paling femes masa kat asrama dulu2.
pain killers are silent killers
 
Saya nak kongsi sedikit info macamana senggugut ni berlaku? Ini kerana ketika haid, dinding rahim akan mengecut dengan kuat oleh kehadiran hormon prostaglandin yang berlebihan.

Senggugut ni terbahagi dua : 
1) Senggugut Primer
2) Senggugut Sekunder  

Senggugut Primer ni biasanya berlaku di kalangan gadis2 remaja yang baru akil baligh bila kitaran ovulasi baru bermula...Biasanya rasa sakit paling kuat berlaku pada 1st & 2nd day. Normal la bila dah masuk alam dewasa kan...

Senggugut Sekunder pula berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur tetapi masih subur. Ianya berlaku disebabkan patologi yang terdapat pada ovari atau rahim. Contohnya,

1) endometriosis - berlaku pada 5-15% wanita yang haid
2) cyst Ovari (ovarian cyst)/ tumor
3) fibroid (bengkak pada rahim) - sangat sakit ketika haid yang banyak/ turun darah
4) radang pelvis - jangkitan ke rahim atau saluran rahim ke kilang telur
5)  kongenital - kelainan bentuk rahim
6) alat pencegah hamil yang dimasukkan dalam rahim - boleh berlaku pada segelintir pengguna.

haa...yang ni bahaya sket...sebab ada yang turun darah sampai lebih 15 hari dan tidak teratur. kena refer pada doktor pakar....Tapi tak semua cyst tu merbahaya & menjadi kanser. Ada cyst yang boleh mengecut dengan makan supplemen atau ubatan herba.

Semakin menempuh alam dewasa, gejala PMS semakin berkurang. Apatah lagi lepas berumahtangga. Kesedaran terhadap PMS juga semakin bertambah. Dah celik IT la sikit...sejak ada macam2 gajet nie kannn...

Apa yang saya nak ceritakan di entri kali ni, adalah tentang pengalaman rakan saya bertemu seorang wanita yang baru berusia lingkungan 40-an. Sekian lama menjalankan bisnes makan bersama kawannya setiap pagi. Sehinggalah beliau dilihat berniaga seorang diri.

Bila ditanya kemana pegi kawannya yang seorang lagi, lalu dijawab kawannya itu dah tak boleh lagi bekerja akibat kegagalan buah pinggang. Kini beliau bergantung pada mesin hemodialisis.

Nak tau kenapa? Kalau saya ceritakan apa puncanya beliau mengalami komplikasi buah pinggang seawal usia 40 tahun, tentu anda semua tak percaya.

Sejarah wanita malang itu mengalami PMS di zaman remajanya. Setiap kali period, beliau terpaksa bergantung pada pil penahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Mungkin dah jadi perkara wajib baginya menyimpan pil-pil tersebut di dalam beg  tanpa memikirkan kesan sampingan.

Saya tak nafikan memang kalau kita dah sakit sangat, tulah cara paling cepat nak hilangkan. Asal sakit sikit, terus telan pil...
Dan saya beranggapan, pada ketika itu, mungkin kurangnya pendedahan terhadap PMS dan kesan sampingan akibat pengambilan pil penahan sakit tersebut.

Paracetamol atau pain killers sebenarnya bertoksik pada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati jika diambil dalam jangkamasa yang lama. Paracetamol ini akan tinggal di dalam tubuh kita selama 5 tahun!!  

Semakin banyak anda mengambilnya, makin lama kesannya semakin berkurang ke atas diri anda. Maknanya, anda perlukan dos yang lebih tinggi untuk kurangkan rasa sakit tu!

Sanggup kah kita masukkan dadah yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit ni dari tahun ke tahun?

Bayangkan kalau dari zaman remaja kita ambil pain killers setiap kali kita period (anggaran 4 biji sehari - sekurang-kurangnya untuk 3 hari). Kalau sebulan? Setahun? 20 tahun? 

Tu masa period jer...kalau masa pening pun ambik? migrain? sakit2 badan pun ambik?  Takde saper nak kawal kita kan?

Pengambilan pil2 ini lama-kelamaan akan menyebabkan saluran darah kita mengecut dan menghalang pengaliran darah ke buah pinggang. Akibatnya, buah pinggang gagal berfungsi dan seterusnya terpaksalah buat rawatan dialisis ~ seperti kisah di atas tadi...

Dan perlu diingat...kos rawatan untuk penapis hayat ini..bukanlah MURAH okeyyy....so...from now on...let's say goodbye to pain killers!! kerana...buah pinggangku lebih berharga... :-)


sayangilah buan pinggang anda
perlukah kita tambah lagi bilangan yang sedia ada?
Atas kesedaran saya hari ini, suka saya sarankan kepada kaum hawa sekalian, simptom PMS ini BUKAN satu perkara yang boleh dianggap mudah. Yang boleh dipandang ringan. Dan pil penahan sakit BUKANLAH jalan terbaik menanganinya.

Pilihlah supplemen yang lebih bersifat semulajadi daripada memasukkan dadah jenis sintetik ini ke dalam tubuh, yang kita sudah sedia maklum akan kesan sampingannya.

EPO merupakan supplemen terbaik terutamanya untuk wanita kerana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh kita adalah punca UTAMA ketumbuhan/ cyst dan fibroid pada rahim dan ovari.
sokongan untuk masalah PMS anda

Shaklee bukan sahaja menghasilkan GLA tetapi juga vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan melawan radikal bebas. Produk EPO yang terdapat di pasaran dihasilkan dari EPO semata-mata. Manakala GLA Shaklee adalah berasal dari Borage Flower yang mengandungi 2x lebih GLA dalam EPO.

Borage adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x LEBIH BERKESAN dari EPO!!


Borage flowers from Mother Nature
Pengambilan GLA Shalee akan menstabilkan penghasilan hormon dan memperbetulkan kitaran haid serta mengurangkan PMS.
Selain dari PMS, banyak lagi MANFAAT GLA untuk mereka yang :

1. Ingin menurunkan berat badan
GLA bertindak dengan asid lemak untuk memecahkan lemak dan mengelakkan pertumbuhan sel lemak baru.

2. Mengalami Hypertension
GLA menurunkan kolesterol jahat,  LDL yang menyebabkan penimbunan kolesterol pada salur darah sehingga menjadi sempit dan merupakan punca utama Hypertension. Dalam kes yang lebih serius, pesakit akan mendapat serangan jantung atau strok.

3. Mengalami Menopause
Menopause terjadi akibat kekurangan penghasilan hormon estrogen, progesteron (bagi wanita) dan androgen (bagi lelaki). Hormon ini memainkan peranan penting dalam sistem reproduktif dan mempengaruhi emosi seseorang. 

GLA berfungsi menstabilkan hormon dan merangsang penghasilan hormon ini. Seterusnya, melambatkan menopause.

4. Mengalami Osteoporosis
Osteoporosis menyerang individu yang kurang GLA dan asid lemak perlu (essential fatty acid). Tahukah anda, berapa banyak kalsium pun yang anda ambil tidak dapat membantu masalah osteoporosis jika tidak diambil bersama GLA kerana penyerapan kalsium tulang bergantung kepada kandungan hormon estrogen.

5. Ingin hamil/ mendapat zuriat
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawalselia hormon estrogen dan testoteron (lelaki & wanita). Bagi wanita, bila hormon stabil, telur yang dihasilkan adalah berkualiti. Telur yang berkualiti menjamin proses persenyawaan yang positif dan menghasilkan janin yang sempurna.

GLA juga membantu wanita menghasilkan lendir putih yang membantu sperma berenang dengan mudah di dalam rahim untuk bertemu ovum dan menghasilkan persenyawaan. 

Cecair ini juga membantu sperma hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari!. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya terlepas waktu subur pun untuk hamil kerana sperma masih hidup dalam badan anda.

6. Mengalami alahan
Kajian menunjukkan kebanyakan wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan mempunyai tahap GLA yang rendah dalam darah dan susu ibu. Mereka yang mengalami alahan memerlukan lebih banyak EFA kerana kesukaran menukarkan Linolenic Acid (LA) kepada GLA.

7. Kencing manis / diabetes
Kekurangan GLA pada pesakit kencing manis menyebabkan masalah pada sarung meilin yang menutupi saraf dan mengurangkan pengaliran darah. 

Inilah sebabnya mengapa sesetengah pesakit kencing manis mengalami komplikasi seperti rasa kebas yang melampau pada sesetengah anggota badan.

Kepada kaum Adam, walaupun anda tak akan pernah merasai PMS, melalui surat terbuka ini...saya mintak...tolonglah sebarkan kepada ibu, adik beradik perempuan atau isteri kamu akan bahayanya mengambil pil penahan sakit ini ketika period atau sakit2 biasa yang lain. Bertukarlah ke alternatif lain yang memang terbukti selamat untuk digunakan.

Kepada wanita-wanita di luar sana dan adik-adik yang sedang mengalami PMS, Haid itu adalah lambang kewanitaan...penghapus dosa melalui kesakitan itu...jadi, hargailah anugerah ini...kerana dari saiz rahim yang 3 inci panjang, 2 inci lebar dan 1 inci tebal itulah lahirnya khalifah2 hebat di muka bumi ini. Subhanallah...

Dari Riwayat Saiyidatina Aishah, isteri kesayangan Rasulullah s.a.w

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid, melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni: 





bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillahi ala kulli haalin,

wa astaghfirullahi min kulli zanbin.


SEGALA PUJI BAGI ALLAH DI ATAS SEGALA HAL DAN AKU MOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH DARI SEGALA DOSA.



Wallahualam.


Thank you for reading. For free consultation on products and extra income, please contact :


Your trusted Independent Distributor
Zeta 019-2282174

0 comments:

Post a Comment