Friday 22 August 2014

ANTARA KASIH & KASIHAN

Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua...

Setiap hari dalam perjalanan ke ofis, saya akan lalu kawasan sekolah. Setiap kali tu lah, bila tengok budak-budak sekolah nie melintas...terdetik satu rasa simpati pada anak-anak nie. Berat sungguh nampak beg sekolah depa!

Kesian tengok...Jadual diorang pack mengalahkan kita yang bekerja. Hari diorang ni bermula seawal sebelum Subuh lagi...kita bangun, terpaksa kejut diorang sekali...either hantar ke nursery, sekolah kebangsaan, sekolah agama hatta rumah orang sekalipun,...Semua kena bangun awal...ikut mak ayah keluar pegi keje pagi-pagi. Buat-buat sakit perut or pengsan sekalipun, tetap mak ayah hantar! Huuuhhh.....seksa!
 
Kalau kena hari yang rajin, mak sempat buat breakfast ok lah...tapi kalau tak sempat, alamatnya sarapan kat kantin sekolah ja. Kat kantin sekarang bukan macam zaman saya dulu. Nasi lemak 20 sen. Sekarang nasi lemak dah RM1.50! Kebersihan belum tentu lagi terjamin. Air entah masak ke tidak. Kalau mak yang bekalkan, In Sha Allah...terjaminlah. Of course lah kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Kan?

Either sekolah pagi or petang..sama jer penatnya...sempat balik makan, solat dan mandi saja. Bagi parents yang bekerja, all these handled by transit. Kat situlah mandi, kat situlah makan. Kalau dapat anak yang jenis makan apa saja...ok lahhhh...tapi kalau yang jenis picky eater...memilih makanan...adoiii....kesian pulak bila depa skip makan.

Dalam jarak sejam ke sejam setengah tulah nak siap-siap pegi sekolah agama pulak. Kalau tak, kena ngadap muka cikgu tuisyen, atau kelas tambahan atau kokurikulum kat sekolah. Pendek kata, memang takde masa nak rehat. Kesian...

Sampai sekolah, memang dah penat budak-budak nie...tak tau la boleh concentrate ke tak bila cikgu ajar. Atau macam ni kat sekolah...zzzzz...

Balik sekolah kebangsaan or sekolah agama, van hantar ke transit lagi. Biasanya petang-petang, transit dah tak sediakan makanan. Diorang tunggu lah kita depan pagar nursery...dengan harapan kita datang ambik immediately lepas keje. Kalau lambat...alamat berkeroncong lah perut diorang tu. Ataupun diorang beli junk food kat tepi-tepi  jalan depan sekolah dulu. Sekadar mengisi perut kosong.

Sampai rumah dah nak masuk maghrib. Dah kita suruh mandi, solat and siap-siap pegi mengaji pulak. Balik mengaji barulah dapat makan air tangan mak. Tu yang kadang-kadang tengok diorang ni makan...macam anak burung kelaparan. 

Lepas makan, buat homework pulak. Kadang-kadang baru jer bukak kulit buku, muka dah tersembam kat meja. Belum pukul 9.30 malam, dah layu...lemau semacam...kesian lagiii....

Penat, mengantuk, tak cukup rehat....itulah yang dapat saya gambarkan...buku tah ke mana, muka tah ke mana.

Fenomena ni memang jauh berbeza dengan zaman saya dulu. Memanglah dulu sekolah agama ni tak berapa diberi penekanan sangat macam sekarang. Saya masuk sekolah agama pun cuma 2 tahun. Lepas balik sekolah tengahari, biasanya saya tidur. Sebab mak saya pesan suruh tidur. 

Bila dah besar ni, baru saya tahu kenapa mak saya suruh tidur sekejap. Dalam Islam pun memang menggalakkan kita tidur sekejap di waktu tengahari. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari.

Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar. Kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Tapi waktu tu, kalau mak tak suruh tidur pun, saya akan tidur...sebab saya bangun seawal 5.30 pagi untuk ke sekolah. Itupun dah rasa penat sangat. Petang, saya bangun, buat homework. Lepas tu,  main. Memang saya rasa method tidur siang ni berkesan, untuk recharge energy level.

Malam, saya mengaji dan lepas makan, tidur. Itu rutin saya sebagai pelajar time tu. Saya tak kenal erti stress, kemurungan dan depresi (kecuali time exam lah...!). Tapi bukanlah di tahap yang membimbangkan. Zaman saya, kecik-kecik saya tak tau apa itu tuisyen. Semua belajar sendiri atau tanya pada kakak2 dan abang2 saya.

Saya terpaksa akui hakikat budak-budak hari ni kecik-kecik lagi dah stress. Dengan rutin yang padat setiap hari, mana mungkin diorang dapat rehat yang secukupnya.Sampai bila kita nak pandang...dan kesian saja?

Belum cakap pasal makanan tak seimbang dan masa makan yang tak teratur. Ada jugak parents yang bawak balik stress di pejabat ke rumah. Akibatnya, anak-anak terpaksa absorb parents punyer stress sekali. Sebab tu banyak kes kita dengar anak-anak lari dari rumah, histeria, bunuuh diri dan sebagainya. Dah kita pulak stress.... Nauzubillahhiminzalik...

Semua mak kalau boleh nak duduk rumah. Nak tengok anak2 membesar depan mata sendiri. Nak pantau aktiviti anak2, dengan siapa dia berkawan, ke mana dia pegi lepas sekolah dsbnya. Tapi bila tengok ekonomi keluarga yang belum stabil...dengan hutang rumah, hutang kereta...kita belum berani nak letak surat resign tu atas meja boss. ermmm....belum sampai masanya...


Antara kasih & kasihan...


Apa yang boleh kita bantu anak2 kita ialah dengan bagi diorang pemakanan yang seimbang. Yesss....supplemen. Takkan kat almari kita nak susun supplemen kita and husband je kan. Set kurus, set kulit cantik, set kesihatan dah berderet  tapi set untuk anak2?? sad to sayyyy....TAKDE(??). 

Berkira sangatkah kita dengan anak-anak? saya mintak maaf kalau ada yang terasa...harap2nya taklahhhh...

Ini adalah antara inisiatif terbaik yang boleh kita bagi pada anak2 :

Meal shake
Meal shake ni diperbuat daripada bahan semulajadi macam buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin - sejenis protin yang berkualiti dan sangat mudah diserap ke dalam tubuh. 

Meal shake adalah minuman multivitamin berperisa vanila yang lengkap tanpa pewarna dan perisa tiruan. Jadi, memang sangat-sangat lah sesuai dengan kanak2.



Ni antara manfaat Meal Shake :

1. Kurangkan Ekzema - Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel
2. Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan
3. Lengkap dengan vitamin B-complex dan besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat
4. Meal shake jugak ada nutrisi lengkap - 24 jenis vitamin,  mineral dan zat perlu untuk memudahkan penyerapan mineral oleh tubuh dan supaya mereka kekal aktif
5. Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dari kolon & perut
6. Mengandungi asid folik, biotin,  kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel sel penting untuk tumbesaran
7. Mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak2
8. Mengurangkan serangan asma/ lelah akibat dehidrasi 
9. Meningkatkan selera makan anak

Penyediaan - boleh dicampur dengan bijirin atau susu. Mudah kan?



Omega Guard
1. Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
2. Meningkatkan sistem imunisasi - anak2 akan jarang terkena selsema atau demam
3. Menapis bakteria dan virus dari badan
4. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran - lebih senang fokus
5. Kajian membuktikan EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi, dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk depresi, kemurungan, insomnia dan tekanan.
6. Kanak2 yang mengambil Omega Guard sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

In sha Allah...jika badan mereka sihat, otak pun cerdas...barulah sel-sel otak boleh berhubung... tak gitu? :-)

Jom kita bagi yang terbaik untuk anak-anak kita...!


Zeta
019-228 2174





















0 comments:

Post a Comment